Dua atlet lompat jauh Malaysia, gagal menyerlah setelah alami keracunan makanan

Dua atlet lompat jauh negara, Abdul Latif Romly dan Luqman Hakim Ramlan gagal menyerlah selepas mengalami keracunan makanan.

 

 

Dua atlet lompat jauh Malaysia, gagal menyerlah setelah alami keracunan makanan

Dua atlet lompat jauh Malaysia, gagal menyerlah setelah alami keracunan makanan

 

Paling teruk Latif dimaklumkan tidak sihat dan demam pada sebelah pagi tadi dan turut mengalami cirit-birit sehingga jam 4 petang, sebelum turun beraksi pada 8 malam.

Latif antara 16 atlet negara yang mengalami keracunan makanan di hotel penginapan.

Menurut Ketua Jurulatih Negara, Zainal Abas Latif dilaporkan mengalami cirit-birit sejak pagi hingga menyebabkan keadaannya menjadi lemah.

“Latif mengalami cirit-birit. Dia kehilangan banyak air dalam badan.

“Disebabkan itu, prestasinya tidak seperti yang diharapkan. Muka dia juga agak pucat sewaktu beraksi” katanya.

Bagaimanapun ucapan tahniah perlu diberikan kepada kedua-dua atlet negara itu kerana mempamerkan semangat kesukanan tinggi pada penyertaan pertama mereka di temasya dwitahunan ini biarpun berdepan masalah kesihatan.

Dua atlet negara itu menamatkan saingan di kedudukan dua terakhir dari kalangan 11 peserta.

Terdahulu, jawatankuasa pengelola Sukan SEA Malayasia (MASOC) mengeluarkan kenyataan berhubung dengan insiden keracunan makanan itu dan sedang menyiasat lebih terperinci sebelum mengumumkan sebarang tindakan lanjut.

Sumber: Bharian

Loading...

Leave a Reply