Lelaki menyamar Almarhum Tunku Jalil, keluarkan kenyataan jelik ditahan polis

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai menyamar Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim dan mengeluarkan kenyataan jelik.

 

Lelaki menyamar Almarhum Tunku Jalil, keluarkan kenyataan jelik ditahan polis

Lelaki menyamar Almarhum Tunku Jalil, keluarkan kenyataan jelik ditahan polis

 

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata suspek berusia 38 tahun ditahan di Larkin, jam 12. 45 tengah hari tadi.

Katanya, penahanan lelaki itu dibuat susulan pihaknya menerima laporan mengenai penyalahgunaan media sosial pada jam 9.55 pagi, Isnin lalu.

“Laporan itu mengenai akaun Facebook yang menyamar sebagai Almarhum Tunku Laksamana Johor dan turut mengeluarkan kenyataan yang jelik terhadap Almarhum,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan menyamar yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Polis menasihatkan pengguna media sosial supaya tidak menyalahguna mana-mana medium bagi tujuan yang menyalahi undang-undang.

Sumber: Bharian

Loading...

Leave a Reply