“Kalau anak jantan, lawan pasukan Johor” – Sultan Johor cabar pasukan polo KJ

Image may contain: 3 people, text

KALAU ANAK JANTAN, LAWAN DENGAN PASUKAN JOHOR

Pasukan yang bertanding untuk sukan polo di Temasya Sukan Sea 2017 ini ibarat hanya untuk cukupkan syarat pertandingan sahaja. Ada yang datang dengan handicap rendah, jadi memanglah mudah untuk dikalahkan. Saya cabar pasukan polo Sukan Sea supaya datang ke negeri Johor dan tunjukkan taring mereka yang saya dengar handal sangat. Hari ini lawan Singapura. Bila pasukan sudah menang baru masuk bermain dan suruh budak yang sedang ‘perform’ berpura-pura mengalami kecederaan. Jadi ada gambar beliau dapat masuk dalam pasukan untuk dipaparkan dalam media cetak dan melakukan propaganda menipu orang ramai seolah-olah dia yang menang dan handal.

Saya menjemput Menteri Belia dan Sukan untuk datang dan tidak menghampakan kehendak rakyat untuk melihat pasukan anda mengalahkan pasukan Johor. Kalau jantan, mari kita main dan tunjukkan taring masing-masing di Johor. Saya akan hantar dua anakanda saya dan dua orang penjaga kuda ataupun saya sekali kerana saya melihat diri saya masih handal lagi. Kalau pasukan saya kalah, saya akan akui bahawa pasukan Sukan Sea itu lagi baik dan semuanya handal-handal belaka.

Polo di Johor sudah bermula sejak tahun 1884, bukannya semalam baru beranak. Semasa saya menjadi Tunku Mahkota, saya sudah bermain di serata dunia termasuk Piala Dunia untuk sukan tersebut. Kalau hendak dibandingkan dengan Sukan Sea, ia bukan tandingannya. Jikalau anda mahukan perlawanan yang lebih serius, datang ke negeri Johor.

Saya mempersilakan kepada semua rakyat Malaysia untuk turut sama hadir menyaksikan serta menikmati perlawanan antara pasukan Sukan Sea dan pasukan Johor.

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim

—-

IF YOU’RE A MAN, PLAY AGAINST THE JOHOR TEAM

The polo teams competing in the 2017 SEA Games are merely meeting the necessary conditions set forth by the games committee. There are some that have come with lower handicap thus making it easy to be defeated. I challenge the SEA Games polo team to come to Johor and show your fangs since news of your greatness supersedes you. Today they played against Singapore. When the team was already winning, he came on and asked the performing player to pretend to be injured. So there’s a photo of him in the team to be featured in the print media and spread the propaganda to cheat people as if he was victorious and reliable.

I’d like to extend the invitation to the the Youth and Sports Minister and hopefully he won’t disappoint the requests of the people to see your team defeat the Johor team. I will send 2 of my sons and 2 of our horse trainers or perhaps myself, as I believe I still have what it takes. Should my team lose, I will admit that the SEA Games team are represented by the best there is.

Polo in Johor did not start yesterday. Polo was first played and introduced in Johor since 1884. When I was the Crown Prince, I was already playing around the world and even played in the World Cup. Hence, the SEA Games is almost insignificant in comparison. If you want a more competitive match, do come to Johor.

I would like to invite all Malaysians to come and watch as well as enjoy the match between the SEA Games team and the Johor Team.

HM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan and Sovereign Ruler of the State and Territory of Johor Darul Ta’zim

Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

 

Sumber: JOHOR Southern Tigers

Loading...

Leave a Reply