“Talak tiga ‘tidak ikut Islam’’..” – Hakim India

Mahkamah tertinggi India memutuskan amalan talak tiga ‘bercanggah dengan Islam’. — Foto oleh Choo Choy May

India memutuskan talak tiga bercanggah dengan perlembagaan negara dan amalan perceraian itu “tidak berunsur Islam”.

Dalam keputusan lima panel hakim, tiga menyokong permohonan lima wanita yang dicerai dengan talak tiga dan dua badan hak asasi, lapor BBC.

“Wanita Islam di India telah menderita selama 70 tahun. Hari ini hari bersejarah buat kami, tetapi ia tidak berakhir di sini.

“Saya tidak boleh nyatakan betapa ramainya wanita India menyokong kami walau agama mereka berlain,” kata aktivis Zakia Soman yang turut memohon.

Sejak kebelakangan ini, lapor portal itu lagi, kes perceraian talak tiga dibuat begitu mudah, melalui mesej teks, WhatsApp, Skype dan telefon.

Talak tiga memutuskan sama sekali hubungan lelaki dan pasangannya kecuali wanita itu berkahwin lain. Dalam masyarakat Melayu, ia disebut “Cina buta”

Sumber: Projek MMO

Loading...

Leave a Reply