Suami Song Sun Mi Mati Dibunuh, Ditikam Kenalan Sepupu Sendiri

Suami Song Sun Mi Mati Dibunuh, Ditikam Kenalan Sepupu Sendiri

Suami kepada pelakon drama Return of Bok Dan Ji, Song Sun Mi dilaporkan mati dibunuh.

Menurut laporan Allkpop, suaminya dijumpai dalam keadaan berlumuran darah di daerah Gangnam kira-kira jam 11.30 pagi semalam.

Bagaimanapun, suaminya Mr. Ko, 45, dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital Seoul St. Mary.

Pihak berkuasa Seoul Metropolitan juga mengesahkan mendiang telah ditikam dengan menggunakan pisau sampai mati.

Polis juga telah menahan suspek berusia 28 tahun yang dikenali sebagai Cho untuk menjalani siasatan.

Sementara itu, laporan Soompi menyatakan kejadian itu melibatkan pertelingkahan mengenai harta  pusaka antara Mr.Ko dan sepupunya sehingga menyebabkan mendiang ditikam oleh kenalan sepupunya itu

Dalam pada itu, Song Sun Mi juga telah mengesahkan kematian suaminya.

“Memang benar suami saya telah mati. Buat masa sekarang saya masih terkedu dan terkejut. Saya akan berikan kenyataan mengenai perkara ini dalam masa terdekat,” katanya ringkas.

Loading...

Leave a Reply