Kecewa dokumen permohonan cerai faraq dipertikai Hafiz, Joy Revfa akan cerita di mahkamah

SITI Arifah Amin, 30, atau lebih dikenali sebagai Joy Revfa kecewa apabila dokumen permohonan cerai faraq atau pembubaran nikah yang diserahkan ke pejabat agama pada 18 Ogos lalu dipertikai Hafiz Hamidun.

“Saya kecewa apabila dokumen yang dibawa bertemu pihak media semalam dipertikai.

“Buat masa sekarang peguam menasihati saya supaya tidak memberikan sebarang komen kerana prosiding belum selesai. Saya tak nak timbul isu lain pula seperti kerja kotor dan penyebaran fitnah,” katanya.

Joy menafikan segala tindakannya itu sebahagian daripada strategi pemasaran produknya.

“Cukuplah! Berhenti berkata yang bukan-bukan. Ini hal perkahwinan dan membabitkan maruah saya. Ia tidak ada kaitan dengan pemasaran perniagaan atau sengaja mencetus sensasi.

“Tunggu saja 14 September nanti. Saya akan dedahkan segala bukti dan maklumat yang ada. Di mahkamah nanti saya akan cerita lebih lanjut siapa yang salah memberikan nasihat, siap bersama saya dan kenapa dokuman ini dibuat,” katanya.

Joy berkata, dia mula sedar dirinya dimanipulasi pihak tertentu selepas bertemu peguam syarie yang dilantik.

 

Sumber: Harian Metro

Loading...

Leave a Reply