Video: Penyanyi K-Pop, Kim Taeyeon SNSD diraba peminat fanatik di airport Jakarta

SEORANG penyanyi K-Pop mengalami insiden memalukan apabila diraba peminat fanatiknya sebaik dia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, Jakarta, baru-baru ini.

Video: Penyanyi K-Pop, Kim Taeyeon SNSD diraba peminat fanatik di airport Jakarta

Video: Penyanyi K-Pop, Kim Taeyeon SNSD diraba peminat fanatik di airport Jakarta

 

 

Kebanjiran peminat fanatik yang ingin mendekati penyanyi kumpulan Girls’ Generation itu menyebabkan Kim Taeyeon terjatuh di celah-celah keriuhan itu.

Sebaik terjatuh, Taeyeon kemudiannya terus dikendong petugas keselamatan berikutan takut berlaku sebarang perkara buruk terhadap selebriti popular itu.

Kekecohan itu berlaku disebabkan peminat yang terlalu teruja mahu menyentuh dan melihat idola mereka dari jarak dekat.

 

Media turut melaporkan Taeyeon menangis susulan insiden itu dan tidak menyangka sambutan sebegitu hangat sehingga menyebabkannya berasa sedikit ‘trauma’ dengan ketaksuban peminat Indonesia.

Taeyeon kemudian berkongsikan kejadian itu di laman Instagramnya dengan memuat naik gambar kosong berwarna hitam beserta kapsyen dalam bahasa Korea sebagai meluahkan kekesalannya di atas insiden itu.

“Berlaku situasi mencemaskan di lapangan terbang Jakarta di mana ramai bersesak sehingga berlanggar-langgar di antara satu sama lain. Sampai satu saat tu saya terjatuh ke lantai, saya mengigil dengan situasi itu. Air mata tak berhenti mengalir. Pihak keselamatan kemudiannya terus mengendong saya bagi memastikan keselamatan saya.  

“Saya tahu ada juga di antara peminat yang turut terjatuh susulan rempuhan itu, malah bahagian sensitif seperti bahagian punggung dan payudara turut diraba seperti mana yang turut dialami saya. 

“Saya tahu perkara ini bukannya disengajakan dan saya berharap selepas ini, peminat semua dapat berhati-hati agar perkara seperti ini tidak lagi berulang di masa akan datang,” tulisnya.

자카르타 공항에서 수많은 인파에 몰려 발이 엉키고 몸도 엉켜서 많이 위험한 상황이 있었습니다 실제로 바닥에 넘어진채로 벌벌떨고 눈물이 멈추지 않았어요. 현지 경호원분이 위험해 보였는지 절 뒤에서 번쩍 들어올리셔서 그것 또한 너무 당황스러웠고 놀랐습니다. 자꾸 뒤에서 옆에서 신체접촉에 긴장했던 상황인지라 질서라는건 찾아볼 수 없었고 기다려주셨던 분들중에 똑같이 넘어지고 다치신 분들도 있는 것 같아서 제 마음이 몹시 좋지 않네요. 그리고 고의는 아니었겠지만 신체일부 엉덩이며 가슴이며 자꾸 접촉하고 부딪히고 서로 잡아당기고.. 그 느낌도 참 당황스럽고 제정신을 못차리겠더라고요. 그래서 오랜만에 도착한 자카르타에서 좋은 모습으로 입국 할 수가 없었습니다. 기다려준 팬들에게 너무 미안하고 제발 우리 다치지않게 질서를 지켜줬으면 좋겠어요 그 누구보다 사랑 많고 정 많고 서로 이해 할 수 있는 우리팬들이니까 오늘일은 해프닝으로 생각할게요. 모두 다 상처받지 않길 바랄게

A post shared by TaeYeon (@taeyeon_ss) on

Melihat ungkapan kekecewaan selebriti itu, peminat di Indonesia kemudiannya menyampaikan permohonan maaf mereka berikutan insiden itu.

@novin3277 menulis, “Sorry for the unpleasant incident at Jakarta airport.”

@riradx: “I’m sorry you had to go through this you know we love you, please get well really soon & take care!”

@fatonah_zzzz : “I’m sorry Taeyeon, please get well really soon & take care! (emoji), I’m sorry FROM INDONESIA.” – MYNEWSHUB.CC 

Sumber: Mynewshub

 

Loading...

Leave a Reply