Perebutan hak cipta lagu I Am Me dan klip video, betul ke Edry KRU dan Datuk Seri Vida sedang dalam konflik?

Kita tidak tahu sejauh mana betulnya cerita disampaikan ini kerana setahu kita, projek yang dilakukan Edry Abdul Halim bersama Datuk Vida menerusi lagu I’am Me sangat berjaya.

 

Perebutan hak cipta lagu I Am Me dan klip video, betul ke Edry KRU dan Datuk Seri Vida sedang dalam konflik?

Perebutan hak cipta lagu I Am Me dan klip video, betul ke Edry KRU dan Datuk Seri Vida sedang dalam konflik?

 

Tapi itulah kadang-kadang apabila sesuatu projek itu berjaya, timbullah cerita yang tidak sedap didengar. Cuma kadang-kadang cerita itu disampaikan orang keliling, bagaimanapun tuan punya badan okey saja.

Menurut cerita yang sampai di telinga Cik Pang, ada beberapa perkara yang membuatkan Datuk Vida tidak berpuas hati membabitkan projek ini, pertamanya membabitkan hak cipta penulisan lirik.

Menurut sumber, lirik lagu I’am Me sebenarnya dihasilkan bersama antara Datuk Vida dan juga Edry tetapi apabila didaftarkan ia menyatakan lagu itu adalah ciptaan sepenuhnya oleh Edry.

 

Begitu juga dengan hak milik klip video, katanya Datuk Vida mahu menampilkan klip video I’am Me dalam laman youtube miliknya tetapi sebaliknya sebaik saja siap ia dimuat naik ke laman youtube milik KRU Music.

Perkara ini menimbulkan rasa pelik Cik Pang. Sebagai label, sudah tentu lagu dan klip video adalah milik sepenuhnya syarikat rakaman. Tapi itu jika penyanyi itu memang artis naugan syarikat rakaman itu.

Ada juga artis yang tidak bernaung dibawah label syarikat rakaman tetapi menumpang laman sosial untuk mempromosikan lagu dihasilkan.

Mungkin perkara ini ditimbulkan orang yang terdekat dengan kedua-dua belah pihak ini tidak tahu yang Datuk Vida adalah artis naungan KRU, atau sebaliknya.

Sebelum ini ada juga Cik Pang dengar yang Datuk Vida mahu menghasilkan satu lagi klip video lagu I’am Me, yang dibuat sepenuhnya dirumahnya.

Pada pandangan Cik Pang mengapa pula klip video harus dibuat sampai dua kali. Mungkinkah perkara itu mengesahkan akan perkara yang diceritakan kepada Cik Pang?

Datuk Vida mahu menghasilkan satu lagi klip video dan ia mahu dimuatnaik ke laman sosial miliknya sendiri.

Kalau cerita yang didakwa ini tidak benar, baguslah tapi kalau benar, ada perkara berbangkit sebaiknya kedua-dua belah pihak duduk berbincang kerana apa saja masalah timbul ekoran kejayaan diperoleh ini, pasti ada jalan penyelesaiannya.

Sumber: Metro

Loading...

Leave a Reply