Update kes terbongkar dalam diari: Lelaki 40 tahun mengaku tak bersalah rogol anak teman wanita yang berusia 12 tahun

PENGURUS syarikat hidraulik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kajang, hari ini, atas tuduhan merogol anak teman wanitanya, yang mana kejadian itu terbongkar selepas wanita berkenaan membaca diari milik anaknya.

 

 

Update kes terbongkar dalam diari: Lelaki 40 tahun mengaku tak bersalah rogol anak teman wanita yang berusia 12 tahun

Update kes terbongkar dalam diari: Lelaki 40 tahun mengaku tak bersalah rogol anak teman wanita yang berusia 12 tahun

 

Tertuduh, Teh Yu Chen, 40, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol budak perempuan berusia 12 tahun di sebuah apartmen di Kajang Perdana, antara April dan Julai 2017.

 

Dakwaan kes dikemukakan mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika disabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tarih Afendi tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Dalam prosiding itu, tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Majistret Nor Afidah Idris tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 22 Ogos ini sebagai sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen.

Media sebelum ini melaporkan diari milik seorang remaja perempuan membongkar rahsianya yang menjadi mangsa perkosa teman lelaki ibunya sejak April lalu di rumah didiami di Kajang Perdana.

Sumber: Metro

 

Loading...

Leave a Reply