Tak Mahu Kecoh, Chef Wan Mohon Maaf Kepada Aliff Syukri Dan DSV

KALAU kita meminta maaf, tak semestinya kita dianggap kalah kan? Tapi sikap potitif Chef Wan ini perlu dicontohi oleh selebriti yang lain atau kita sendiri.

 

 

Tak Mahu Kecoh, Chef Wan Mohon Maaf Kepada Aliff Syukri Dan DSV

Tak Mahu Kecoh, Chef Wan Mohon Maaf Kepada Aliff Syukri Dan DSV

 

Sebelum ni, tak ada lah hot sangat isu tentang Chef Wan yang selamba menegur kelakuan jutawan kosmetik, Dato Aliff Syukri yang makan di tepi jalan ketika bercuti dekat luar negara baru-baru ini.

Kita pun tahu, Aliff ni jenis yang selamba dan tak cepat melatah. Dia sendiri mengambil teguran Chef Wan tu secara positif jadi semuanya baik-baik saja.

Cef selebriti ini pula dengan rendah hati ada memuat naik satu gambarnya bersama dengan Aliff Syukri ketika Majlis Ulang Tahun Majalah Wanita yang ke-45 tahun semalam.

 

Kita boleh tengok cara selebriti veteran yang merendah diri dan yang pasti isu ini cuma isu kecil yang memang tak perlu diperbesarkan sama sekali.

Bukan tu saja, Chef Wan juga memang dikenali sebagai seseorang yang bersuara lantang. Apa yang dia rasa tak betul, dia cakap saja lah. Walaupun kadang kala ada yang kecil hati dengan kenyataan yang diberikan oleh beliau.

Selain pernah menegur Aliff Syukri, Chef Wan pun ada menegur seorang lagi jutawan kosmetik terkenal tanah air, iaitu Dato’ Vida sendiri. Kejadian berlaku pada tahun 2015 lalu dan mungkin ada juga yang dah terlupa.

“Saya hulur tangan dahulu memohon maaf sekiranya apa yg saya tegur kan tempoh hari beliau terasa hati.

Aliff kata dia terima teguran itu dengan baik as he know i adviced him from my vast experienced and sometime he does feel he over reacted abit with segala kemewahan yang dia tak biasa menikmati.”

“Saya kata sejujur nya saya anggap Dato Aliff mcm anak saya jugak dan berbangga dgn kejayaan beliau tetapi dia mesti lebih berhati hati bila update apa saja di social media itu kerana he is dealing with the general public so pasti ada consequences yg akan di hadapinya,” tulis Chef Wan ketika bergambar bersama Aliff Syukri

Dah alang-alang semua ada sekali waktu tu, Chef Wan pun mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada DSV kerana kelantanganya mengeluarkan kenyataan seolah-olah mengutuk tindakan DSV yang terlampau over memporomosikan produknya ketika itu.

At our table was also the funny Dato Seri Vida. Juga saya mohon maaf dahulu di atas apa yang dia terasa hati. 3 tahun tak ada la D.S. First time saya comment tu was last year masa TV show tajaan DS tu for anugerah di TV3,” tulis Chef Wan dekat ruangan kapsyen ketika dia bertemu dengan DSV semalam.

DSV pun dengan terbuka hati menerima maaf Chef Wan tu. Yelah, memang tak ada apa yang perlu diperbesarkan pun. Sebab isu tu pun dah lama berlalu.

“Semua ini Allah nak beri pengajaran kepada kita sesama manusia to have more love and respect for one another.

“Jika kita buat silap kita belajar. Jika kita rasa kita telah kecil kan hati sesaorang itu cepat2 kita minta maaf,” tambah Chef Wan lagi.

Ramai juga netizen yang memuji tindakan berhemah Chef Wan yang dengan merendah dirinya memohon maaf kepada kedua dua jutawan kosmetik ni.

Mana tahu, lepasni mereka bertiga jadi kawan baik. Kot kot Chef Wan pun nak keluarkan produk sendiri ke… Mana tahu kan.

 

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

 

Loading...

Leave a Reply