Naik MRT nak makan Sate Kajang, sate tutup..

Antara matlamat pembinaan laluan MRT Sungai Buloh – Kajang adalah untuk meningkatkan aktiviti ekonomi penduduk setempat khususnya di Kajang yang terkenal dengan satenya.

Pun begitu hasrat murni ini bagaikan tidak diambil serius oleh pihak yang bertanggungjawab kerana, walaupun berlaku peningkatan ketara orang ramai yang datang ke Kajang, tinjauan Utusan Online mendapati hanya terdapat dua premis perniagaan sate di kawasan sekitar 50 meter dari stesen MRT  Stadium Kajang.

Keadaan di kedua-dua premis ini amat berbeza kerana tidak seperti restoran Haji Samuri yang yang penuh sesak dengan pelanggan, Medan Sate di kawasan ini agak sunyi dan hanya satu peniaga sahaja yang beroperasi di sini.

 

Sumber: UTUSAN ONLINE

 

Loading...

Leave a Reply