Diisytihar muflis, Shaheizy Sam hairan kenapa LHDN terus sebarkan notis di media tanpa berjumpa dengannya terlebih dahulu

SHAHEIZY Sam masih belum diberitahu jumlah sebenar tunggakan cukai pendapatannya oleh ejen yang dilantiknya walaupun media melaporkan ia mencecah RM300,000.

 

 

Diisytihar muflis, Shaheizy Sam hairan kenapa LHDN terus sebarkan notis di media tanpa berjumpa dengannya terlebih dahulu

Diisytihar muflis, Shaheizy Sam hairan kenapa LHDN terus sebarkan notis di media tanpa berjumpa dengannya terlebih dahulu

 

Sam, 34, ketika dihubungi berkata, dia sudah melantik ejen untuk menyemak semula jumlah sebenar tunggakan cukai itu.

 
 

“Selepas melakukan semakan, mereka akan mengira jumlah yang sebenar untuk saya membuat bayaran,” katanya.

Sam berkata, dia juga tertanya-tanya mengapa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memilih untuk menyebarkan notis isytihar muflis itu menerusi media berbanding terus berjumpa dengannya.

Menurutnya, adalah tidak masuk akal jika LHDN menggunakan alasan dia tidak dapat dihubungi.

“Adakah saya seperti penjenayah yang melarikan diri dan tidak dapat dicari? Saya masih boleh dihubungi tapi kenapa mereka memilih untuk menyebarkan notis itu di media?

“Sebelum ini, ada pegawai mereka datang ke rumah saya, malah mereka turut bergambar dengan saya.

“Kenapa pada waktu itu mereka tidak maklumkan kepada saya mengenai tunggakan dan sebagainya?” katanya.

Menurut bintang filem Polis Evo itu, dia juga tertanya-tanya sama ada namanya hanya digunakan sebagai ‘kambing hitam’ untuk membuat masyarakat peka mengenai pembayaran cukai.

“Saya sendiri tidak pasti. Mungkin dengan cara itu mereka dapat membuat masyarakat sedar kepentingan membayar cukai pendapatan.

“Apapun, biarlah caranya seperti yang sepatutnya,” katanya.

Sam berkata, perkara itu sedikit sebanyak mencalar imejnya sebagai selebriti.

“Orang hanya melihat perkataan muflis tetapi ia adalah notis dan bukannya saya terus diisytiharkan muflis,” katanya.

Rabu lalu, satu keratan notis pengisytiharan muflis terhadap Shaheizy yang disiarkan di akhbar berbahasa Melayu.

Notis berkenaan tular sehingga ramai berteka-teki mengenai status pelakon berkenaan.

Sumber: Metro

Loading...

Leave a Reply