Anak lelaki maut langgar pokok, gambar sayu Exco Kedah sebak depan jenazah

ANAK lelaki Exco Kedah maut selepas 4WD dinaiki terbabas dan melanggar pokok di KM12.7 lebuh raya PLUS, Changlun, dekat Kampung Bendang Perang, hari ini.

Anak lelaki maut langgar pokok, gambar sayu Exco Kedah sebak depan jenazah

Anak lelaki maut langgar pokok, gambar sayu Exco Kedah sebak depan jenazah

 

 

Mangsa iaitu Irfan Aminuddin, 20, adalah anak Exco Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, Pembangunan Insan Kedah, Datuk Aminuddin Omar.

 

Allahyarham duduk di kerusi depan penumpang.

Pemandu yang juga rakannya, Wan Khuzairi Wan Cik, 27, turut maut dalam kemalangan pada kira-kira 4 petang itu.

 

IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia & pembaca

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada 4.30 petang.

Menurutnya, seorang pegawai dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, mereka mendapati Toyota Hilux remuk teruk selepas melanggar pokok.

“Anggota bomba kemudian mengeluarkan mangsa yang tersepit namun mereka disahkan meninggal dunia sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Aminuddin yang turut ke lokasi kemalangan sebaik mengetahui kejadian itu kelihatan sebak dan menekup mukanya sebaik melihat jenazah anaknya dibawa keluar.

Sumber: Metro

Loading...

Leave a Reply