Dato Vida tolak lamaran Rani Kulop kerana tiada ciri-ciri lelaki pilihan

PENGASAS produk kecantikan Vida Beauty Datuk Seri Hasmiza Othman menolak lamaran Abdul Rani Kulup Abdullah dan berkata lelaki itu tiada ciri pilihannya.

Dr Vida

Baca artikel sebelum: Siti Kasim tak layan, Ayahanda Rani Kulop ‘try’ Dato Vida pulak

Dr Vida berkata, dia mahukan seseorang yang boleh memajukan perniagaanya selain memiliki lelaki bermata kelabu, kaya, muda serta kacak.

“Seseorang yang boleh memajukan perniagaan saya ke arah trillion ringgit. Itu baru boleh,” katanya dipetik sebuah portal.

Dalam pada itu, Dr Vida turut mengingatkan Abdul Rani supaya tidak mencari publisiti murahan.

Sebelum ini, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah itu berkata, beliau berharap Datuk Vida membuka peluang untuknya.

“Ayah boleh menjadi suami yang baik,” katanya kepada Sinar Online.

Abdul Rani turut menyatakan kesudiannya menjadikan Siti Zabedah atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim, sebagai isterinya.

 

Sumber: Sinar Harian

Loading...

Leave a Reply