Kes pelajar bergaduh di Sabah berpunca dari rebut lelaki?

BEREBUT lelaki dipercayai merupakan punca pergaduhan sekumpulan pelajar membelasah seorang pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kunak di Kota Kinabalu.

 

Kes pelajar bergaduh di Sabah berpunca dari rebut lelaki?

Kes pelajar bergaduh di Sabah berpunca dari rebut lelaki?

 

Video pergaduhan itu menjadi tular di laman sosial sejak kelmarin menunjukkan mangsa yang memakai tudung ditumbuk sebelum beberapa lagi pelajar perempuan campur tangan dan turut menumbuk serta menendang mangsa bertubi-tubi.

Pergaduhan itu dikatakan berpunca daripada perebutan seorang remaja lelaki di antara suspek dan mangsa.

 

 

 

Ini gara-gara tersebar perbualan Whatsapp dipercayai di antara guru-guru di sekolah berkenaan mengenai kes tersebut yang mana menunjukkan gambar remaja lelaki yang dipercayai menjadi rebutan di antara suspek dan mangsa.

Susulan itu, 10 pelajar perempuan dilaporkan telah ditahan bagi membantu siasatan.

Menerusi video yang tersebar, tidak semua 10 pelajar terlibat memukul dan membelasah pelajar tersebut, namun mereka turut dikira bersubahat kerana menjadi batu api dengan merakam video pergaduhan terbabit.

Dalam video itu dapat dilihat mangsa merayu supaya dilepaskan agar masalah mereka dapat diselesaikan secara baik namun tidak diendahkan malah mangsa terus dipukul.

Ada di antara suspek dilihat ketawa dan tak kurang juga ada yang sibuk merakam pergaduhan tersebut dengan menggunakan telefon bimbit.

Lebih menyakitkan hati, pembuli-pembuli tersebut dikatakan sempat bergambar wefie selepas berpuas hati membelasah mangsa.

Sementara itu, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kunak, Abu Samah A Bakar berkata pihaknya memandang serius kejadian berkenaan dan sudah mengarahkan pegawainya membuat siasatan serta mengambil tindakan selanjutnya.

Beliau juga meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu supaya tidak mengganggu siasatan.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

Loading...

Leave a Reply