Bawa anjing dalam teksi: “Kau sengaja calarkan imej pemandu teksi!”

JOHOR BAHRU – Gambar seorang pemandu teksi di bandar raya ini yang dilihat membawa seekor anjing di dalam kenderaannya ternyata menerima kecaman hebat khususnya dari pengguna media sosial.

 

Bawa anjing dalam teksi: "Kau sengaja calarkan imej pemandu teksi!"

Bawa anjing dalam teksi: “Kau sengaja calarkan imej pemandu teksi!”

 

Menerus perkongsian di laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, kejadian berkenaan dipercayai dirakam pada awal minggu lalu di sebuah persimpangan jalan berhampiran kawasan Pulai.

Netizen beranggapan tindakan pemandu teksi terbabit bukan sahaja mencemarkan imej pemandu teksi, malah dilabel sengaja mencetuskan provokasi terhadap sensitiviti penganut agama majoriti di negara ini.

 

Presiden Gabungan Persatuan Teksi Berdaftar (Gapet) Johor Bahru, Raja Mohd Noor Mohamad berkata tindakan individu tersebut boleh mencalarkan imej baik pemandu-pemandu teksi yang lain di negeri ini.

“Saya kurang pasti sama ada dia (pemandu teksi) adalah ahli kami atau sebaliknya, namun perbuatannya mengecewakan dan boleh mencalar imej baik pemandu teksi di bandar raya ini,” katanya memetik Berita  Harian.

Beliau yang terkilan dengan kejadian itu berharap agar para pemandu teksi khususnya di Johor Bahru dapat mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Sementara itu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kelmarin mengeluarkan satu kenyataan menjelaskan pihaknya telah memulakan siasatan berhubung kejadian itu.

Siasatan itu menurut SPAD sebagai tindakan lanjut bagi memulihkan kepercayaan pengguna terhadap perkhidmatan pengangkutan awam itu.

Difahamkan, pihak syarikat dan pemandu teksi yang terlibat akan mengadakan sidang media bagi memohon maaf secara terbuka dalam tempoh terdekat.

Seorang ustaz juga turut dilantik bagi mengetuai proses menyamak kenderaan terbabit. 

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

Loading...

Leave a Reply