Semak ‘wang tidak dituntut’ secara online mulai tahun depan

JABATAN Akauntan Negara Malaysia (JANM) sedang membangunkan portal semakan dan permohonan dalam talian khusus bagi urusan Wang Tidak Dituntut (WTD).

Wang Tidak Dituntut

Wang Tidak Dituntut

JANM berkata, sistem berkenaan dijangka mula beroperasi tahun depan.

Ketika ini, pengguna boleh membuat semakan di semua pejabat JANM negeri di seluruh negara.

“Kita memahami keperluan portal ini berdasarkan keadaan semasa yang mahukan proses semakan lebih cepat dan mudah tanpa perlu bersusah payah beratur di kaunter.

“Namun apa yang perlu lebih difahami masyarakat adalah semakan WTD ini tidak mempunyai tarikh luput, jadi jika tiada keperluan mendesak, orang ramai tidak perlulah membuat semakan serentak pada satu masa sehingga mengakibatkan kesesakan di kaunter JANM,” katanya

Harian Metro hari ini melaporkan mengenai senario di Pejabat Pendaftar JANM di tingkat 42 Menara Maybank, di Kuala Lumpur yang diserbu ribuan orang sehari sejak beberapa hari lalu untuk membuat semakan WTD.

Segalanya gara-gara tular di media sosial mengenai seorang wanita yang mendakwa mendapat RM14,000 selepas membuat semakan WTD miliknya.

Laporan akhbar ini berdasarkan tinjauan dan pengalaman wartawan bagaimanapun menyaksikan pelbagai reaksi apabila lebih ramai yang hampa kerana durian runtuh diharapkan tidak menjadi kenyataan berbanding mereka yang tersenyum kerana mendapat rezeki terpijak.

 

Sumber: Harian Metro

Loading...

Latest Comments

  1. Salizah binti abdul rahman July 28, 2017

Leave a Reply