Najib umum sedia angkat India Muslim sebagai Bumiputera, Presiden MCA persoal adakah semua Muslim Malaysia dengan sendirinya dianggap Bumiputera?

PENGUMUMAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan bersedia mengkaji masyarakat India Muslim sebagai Bumiputera di negara ini telah menimbulkan reaksi daripada pelbagai pihak.

 

 

Najib umum sedia angkat India Muslim sebagai Bumiputera, Presiden MCA persoal adakah semua Muslim Malaysia dengan sendirinya dianggap Bumiputera?

Najib umum sedia angkat India Muslim sebagai Bumiputera, Presiden MCA persoal adakah semua Muslim Malaysia dengan sendirinya dianggap Bumiputera?

 

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, apa yang menjadi persoalan ialah apakah semua Muslim di negara kita dengan sendirinya dianggap sebagai Bumiputera?

“Bukan sahaja India Muslim, tetapi juga Cina Muslim dan lain-lain kaum yang beragama Islam, apakah mereka juga perlu diiktiraf sebagai Bumiputera?

“Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menyatakan Muslim adalah Bumiputera. Pengiktirafan ini mestilah adil kepada semua kaum,” kata Tiong Lai seperti yang disiarkan dalam Sin Chew Daily.

Beliau berkata, negara kita kini sedang menuju menjadi sebuah negara yang lebih terbuka dan mampu berdaya saing, oleh itu tidak sepatutnya membahagikan lagi kepada Bumiputera dan Bukan Bumiputera.

“Saya rasa apabila negara semakin hari semakin maju, perbezaan Bumiputera dan bukan Bumiputera ini perlu ada satu jalan penyelesaian supaya dapat menyatupadukan rakyat dan bukan mengasingkan kepada dua kumpulan,” katanya.

Menurut beliau, isu pengiktirafan India Muslim ini tidak pernah dibawa untuk dibincangkan dalam mesyuarat jemaah Kabinet dan majlis tertinggi BN.

Pengasas Hindraf, P Uthayakumar turut setuju dengan pandangan Tiong Lai dan berharap Najib boleh semua mengumumkan semua rakyat di negara kita adalah Bumiputera pada Hari Kebangsaan tahun ini.

“Semua rakyat Malaysia dilahirkan di atas tanah air ini. Kenapa selepas 60 tahun merdeka, rakyat jelata masih perlu dibezakan antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera?,” soal Uthayakumar.

Beliau berkata, pengiktirafan India Muslim sebagai Bumiputera oleh perdana menteri tidak akan membawa kesan yang besar memandangkan masyarakat India Muslim sudah lama menganggap diri mereka sebagai orang Melayu, malahan mereka turut menikmati hak keistimewaan orang Melayu.

Dalam pada itu, Ketua Perangkawan, Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Abdul Rahman Hasan memberitahu, sehingga hari ini, India Muslim masih dikategorikan sebagai kaum India.

“Biarpun golongan India Muslim diterima status sebagai Bumiputera, saya rasa mereka sendiri pun tidak akan dikategorikan sebagai orang Melayu kecuali mereka sendiri menyatakan mereka adalah orang Melayu.

“Ramai India Muslim terutama sekali yang berasal dari Pulau Pinang sudah lama anggap diri mereka adalah sebahagian masyarakat Melayu. Mereka biasanya akan menggelar diri mereka sebagai orang Melayu.

“Jika mereka kata mereka adalah orang Melayu, jabatan kami akan kategorikan mereka sebagai orang Melayu,” kata Abdul Rahman kepada akhbar ini.

Baru-baru ini, Najib menyatakan kerajaan sedia menerima India Muslim ini sebagai Bumiputera namun perlu mengkaji cara bagaimana pengiktirafan itu dapat dilaksanakan.

“Kita akan kaji dengan lebih mendalam lagi, sama ada dari segi pentadbiran atau pun dengan cara yang dikehendaki iaitu melalui pewartaan,” katanya.

Sebelum ini, Presiden Persatuan India Muslim Malaysia (Permim), Dhajudeen Shahul Hameed, menyampaikan hasrat mereka untuk mendapat pengiktirafan Bumiputera daripada kerajaan.

Bukan hanya denda, tetapi turunkan pangkat

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Yusof Ayob sepatutnya dikenakan tindakan lebih keras, iaitu menurunkan jawatannya dan bukan hanya hukuman denda.

Naib Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, tindakan JPJ mengenakan hukuman ke atas pegawai atasannya atas kesalahan lalu lintas perlu dipuji.

“Tindakan JPJ mendakwa Datuk Yusof ke muka pengadilan membuktikan JPJ telus dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.

“Bagaimanapun, hukuman denda terhadap Datuk Yusof sebagai timbalan ketua pengarah JPJ adalah tidak memadai.

“JPJ perlu menurunkan pangkatnya kerana beliau tidak menunjukkan teladan yang baik kepada orang ramai,” kata Hoe Chai seperti disiarkan dalam China Press.

Sumber: Sinar

Loading...

Leave a Reply