Hanya gimik: Anggota tentera sembah kaki pegawai satu tuduhan tak berasas, ini penjelasan anggota ATM

Hanya gimik: Anggota tentera sembah kaki pegawai satu tuduhan tak berasas, ini penjelasan anggota ATM

Hanya gimik: Anggota tentera sembah kaki pegawai satu tuduhan tak berasas, ini penjelasan anggota ATM

 

Sejak semalam tersebar di laman sosial sekeping gambar yang mendakwa kononnya beberapa orang anggota tentera telah menyembah kaki seorang pegawai yang berstatus panglima di media sosial.

Gambar berkenaan yang berbunyi “Tak hairanlah kenapa ada pelajar yang mati di UPMB kena buli dengan seterika panas, rupa rupanya Panglima sendiri pun disembah cium kaki begini rupa! di mana peranan Kagat!!! Ini bukan budaya Islam, ini budaya umno,”

Kerana gambar itu ramai netizen telah mengeluarkan kata tidak sepatutnya kepada anggota Angkatan Tentara Malaysia (ATM) dan khususnya anggota tentera terlibat di mana gambar itu kini telah dikongsi hampir 1,500 kali.

Namun, segalanya terjawab apabila anggota-anggota tentera sendiri tampil menurunkan komen di pos gambar berkenaan.

Menurut mereka, kepsyen pada gambar berkenaan adalah fitnah, ini kerana aksi dalam gambar hanyalah gimik dari anggota tentera sendiri yang kononnya ‘merayu’ tidak mahu ‘melepaskan’ pegawai berkenaan yang akan bersara.

Ini adalah jawapan dari anggota-anggota tentera di media sosial.

“Kronologi Berhubung dengan Viral gambar YBhg Mejar Jeneral Dato’ Mohd Ezam bin Wan Chik yang sedang menular di media sosial. 

Kejadian tersebut adalah merupakan gimik bagi mengimbau kembali kejadian yang sama, ditempat yang sama 14 tahun yang lalu. Keadaan adalah di mana 3-4 orang pegawai telah memeluk kaki beliau untuk tidak melepaskan beliau pergi. Ini bukannya anggota LLP menyembah kaki seperti yang diviralkan.


Gambar ini telah dikongsikan di media sosial Berita * **** ****** oleh *** *** ****. Tindakan pasukan telah memadam gambar tersebut dan berhubung netizen bernama M Sukri Md Zain dipercayai persara tentera untuk memadam komen serta tidak meneruskan komen di laman sosial,” tulis Mejar Riduan Yusoff dari Unit Komunikasi Strategik Mindef.

Berikut adalah permohonan maaf dari anggota yang memuatnaik gambar dan tidak menyangka gambar telah disalahertikan.

Dua hari lalu memang telah diadakan perbarisan rasmi sebagai penghargaaan kepada seorang pegawai tinggi tentera.

Memetik tulisan Facebook Tentera Darat Malaysia, pada 17 Julai lalu telah diadakan Perbarisan Perhargaan Mej Jen Dato’ Mohd Ezam bin Wan Chik, Asisten Panglima Bahagian Pasukan Simpanan i Padang Kawad 7 Rejimen Renjer DiRaja (Mekanise) Kem Batu 5, Mentakab.

“Majlis penuh bersejarah ini diadakan sebagai tanda menghargai pengorbanan Mej Jen Dato’ Mohd Ezam yang telah berkhidmat selama 41 tahun di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).”


“Dalam ucapannya beliau turut berpesan kepada pegawai dan anggota yang masih berkhidmat agar terus melaksanakan tugas dengan amanah demi agama, bangsa dan negara,” tulis laman ATM disertakan beberapa keping gambar majlis perbarisan penghargaan kepada Mej Jen Dato’ Mohd Ezam.

 
Jadi, kepada mereka yang terlibat, harap menurunkan gambar berkenaan kerana apa yang disebarkan adalah tidak betul dan boleh menjejaskan imej pasukan keselamatan kita

Via: SK

Loading...

Latest Comments

  1. Jeneral Samdol July 20, 2017

Leave a Reply