Peraduan menang emas di Facebook ternyata palsu dan maha penipu!

NAMPAKNYA selepas isu peraduan palsu yang membolehkan orang ramai memenangi 15 buah motosikal Yamaha Y15Z secara percuma, hari ini muncul pula peraduan menggunakan modus operandi yang sama.

Peraduan menang emas di Facebook ternyata palsu dan maha penipu!

Peraduan menang emas di Facebook ternyata palsu dan maha penipu!

 

Kali ini, laman Facebook yang menggunakan nama Honey Jewelry Malaysia telah menawarkan sepasang set barangan kemas dikatakan bernilai lebih RM3,000.

“Percuma rantai emas. Sempena pembukaan Honey Jewelry, dua orang pemenang dicari.

 

LIKE page dan share posting ini…komen bertuah dan aktif akan dihubungi sebagai pemenang,” tulis laman Facebook berkenaan.

Para pemenang bertuah kononnya akan diumumkan selepas melalui proses pemilihan berdasarkan perkongsian peraduan terbabit di laman sosial.

Ternyata, taktik peraduan palsu itu mengundang padah apabila kantoi menggunakan wajah seorang wanita yang dikenali sebagai Bainun Zulkifli di laman sosial, sebagai pemenang peraduan terbabit.

Lantas pemilik asal kepada wajah itu memuat naik perkongsian status memberitahu yang gambar dirinya telah digunapakai oleh laman Facebook tidak bertanggungjawab itu.

“Maaf la ini bukan Facebook aku, ni fake account and aku tak pernah join contestmacam ni. Aiyoo mohon jangan tertipu okay,” tulis wanita itu.

Ekoran terbongkarnya penipuan yang dijalankan, netizen khususnya golongan wanita menghentam teruk laman Facebook Honey Jewelry Malaysia sehingga membuatkan laman itu telah dinyahaktifkan seketika.

Bagaimanapun hasil semakan kami sebentar tadi mendapati, laman Honey Jewelry Malaysia telah ditukar nama sebagai ‘Kusa dan Lenda Malaysia’.

Tidak setakat itu, laman itu juga turut memiliki jumlah pengikut seramai 42,669 orang.

Ada yang mendakwa ia sememangnya cara sesetengah pihak tidak bertanggung jawab bagi mencari ‘Likes’ di laman sosial dan kemudiannya menjual akaun terbabit kepada pemilik yang baru.

Apa-apa pun buat netizen di laman sosial, anda dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan diharapkan orang ramai tidak mudah terpedaya dengan taktik penipuan yang sering dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab ini.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

Loading...

Leave a Reply