Elfira Loy dan Sufian Suhaimi nikah tahun depan

Bakal menamatkan zaman anak daranya tahun depan, pelakon Elfira Loy tidak menolak yang dia sudah lama bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan.

Elfira Loy dan Sufian Suhaimi nikah tahun depan

Elfira Loy dan Sufian Suhaimi nikah tahun depan

Today is a good day for me, seeing my loved ones happy, makes me the happiest girl alive. Allah is the best of planners Thank you for today everyone ❤️ . . Mengharapkan doa yang baik-baik kerana tujuannya juga untuk pengakhiran yang baik-baik , Amin. *cryingsootouching*

A post shared by 23 🇲🇾 | My Mom Is Watching 🕊 (@elfiraloy) on

Jelasnya, perkahwinan bukan sesuatu yang asing buat dirinya memandangkan dia sudah memikirkan soal ini sebelum dirisik keluarga penyanyi, Sufian Suhaimi lagi.

“Di umur sekarang, saya rasa  memang sangat sesuai untuk saya melangkah ke fasa berbeza.

“Soal bersedia bagi saya memang sudah lama dan pilihan untuk merisik ini adalah keputusan yang baik untuk hubungan kami,” katanya ketika dihubungi Utusan Online.

Tidak melihat  keputusan merisik ini sebagai tergesa-gesa, jelas Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 23, selepas melalui pengalaman dalam hubungan lalu, dia yakin ini adalah yang terbaik.

“Saya pernah berkawan dengan seseorang selama lima tahun dan tiada apa yang berlaku. Sebenarnya saya lebih suka begini, keluarga masing-masing sudah saling mengenali dan kami juga senang untuk berkawan.

“Ini adalah masanya untuk saya dan Sufian sendiri berkongsi nasihat dengan keluarga dalam masa yang sama memperbaiki diri masing-masing sebelum bergelar suami isteri,” jelasnya lagi.

Sementara itu Elfira juga tidak menolak dia dan Sufian juga akan mengadakan majlis pertunangan terlebih dahulu sebelum bernikah.

“Tarikh pernikahan belum ada, bukan tahun ini mungkin tahun depan. Cuma buat masa ini saya tidak menolak mahu sebuah majlis pertunangan. Bukan apa saya suka mengikut aturan,selepas merisik bertunang dan bernikah.

“Memang ada yang memberi nasihat supaya bernikah terus memandangkan kata mereka dugaan bertunang itu bahaya. Tetapi saya yakin dugaan itu yang akan menguatkan hubungan ini,” kongsi Elfira.

Sumber: UTUSAN ONLINE

 

Loading...

Leave a Reply