Misi doktor paling kacak di Malaysia ini sempena raya

Bergelar doktor tampan dan berbadan sasa dalam kalangan netizen, bukannya mudah bagi pemuda ini memilih baju Melayu yang bersesuaian dengan badannya untuk dipakai sempena Aidilfitri kali ini.

Misi doktor paling kacak di Malaysia ini sempena raya

Misi doktor paling kacak di Malaysia ini sempena raya

Walaupun sibuk bertugas di unit kecemasan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, ia tidak menghalang Dr Muhammad Shazril Shaharuddin, 29, untuk melancarkan misi mencari baju Melayu potongan fit.

Lebih dikenali sebagai Dr Say, dia memilih untuk mencari baju Melayu sendiri yang sesuai dengan badannya yang sasa berbanding menempah di kedai.

“Bukan saya tak mahu tempah, tapi saya risau baju yang dibuat nanti tak muat dengan badan, atau lebih buruk lagi kalau tak dapat siap tepat pada waktunya.

 

“Alhamdulillah, saya dapat juga dua baju Melayu fit (sesuai) tanpa potongan pesak warna ‘peach’ dan biru untuk dipakai pada hari raya pertama dan kedua nanti,” katanya kepada mStar Online.

Dr Say segak berbaju Melayu potongan fit.

Dr Say sebelum ini menarik perhatian netizen apabila tular di media sosial kononnya dia adalah pakar sakit puan selain menjadi kegilaan ramai wanita termasuk dalam kalangan pesakit gara-gara dianggap sebagai ‘doktor paling kacak di Malaysia’.

Dr Say yang pernah memenangi beberapa pertandingan bina badan berkata, dia berterima kasih kepada para pengikutnya di media sosial yang memberikan banyak cadangan termasuk lokasi dan nama kedai bagi mendapatkan baju Melayu fit.

“Alhamdulillah, saya terima saranan mereka. Jika diikutkan, sampai lapan jenis baju Melayu dah saya cuba, dan akhirnya ada yang berkenan di hati,” katanya yang mempunyai hampir 100,000 pengikut di Instagram.

Walaupun menjaga pemakanan bagi memastikan badan terus cergas dan sasa, anak kelahiran Kuala Lumpur ini masih mahu menikmati juadah hari raya seperti mereka yang lain.

Dr Say segak berbaju Melayu potongan fit.

Menurut Dr Say, dia akan makan seperti biasa pada hari raya pertama dan kedua di mana sesi tersebut dianggap sebagai ‘cheat day’.

“Saya akan kembali jaga pemakanan dan bersenam di gim pada hari raya ketiga untuk membakar segala kalori dan ‘lemak’ terkumpul sepanjang dua hari,” katanya secara berseloroh.

Dr Say yang berhari raya di rumah keluarga di Bangi dan rumah mertua di Putra Heights, Selangor ini berkata, walaupun ‘cheat day’ tetapi dia masih mengawal pemakanan.

“Saya masih makan lemang, ketupat, rendang dan kuah kacang, sebab semua ini memang kesukaan saya di hari raya, tetapi saya cuba untuk minum air kosong atau minuman kurang manis.

“Anda semua jangan makan dengan kuantiti yang banyak pada satu-satu masa tetapi disarankan untuk menambah kekerapan makan tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Makan juadah raya pun kena beringat nanti diet selepas puasa sebulan hilang macam itu saja,” katanya.

Aksi Dr Say sewaktu menyertai pertandingan bina badan di Kuala Lumpur, Mei lalu.

Dr Say yang sebelum ini berehat seketika dari dunia bina badan membuat kejutan apabila memenangi tempat kedua menerusi penyertaannya dalam pertandingan ‘Men of Steel’ bagi kategori lelaki ketinggian 170 sentimeter ke atas di Kuala Lumpur pada Mei lalu.

“Alhamdulillah, kemenangan ini memberi semangat untuk saya kembali aktif dalam sukan bina badan. Terima kasih kepada semua termasuk isteri kerana memberi sokongan,” katanya sambil menambah bakal menyertai pertandingan bina badan di Singapura pada Ogos ini.

Via: Mstar

Loading...

Leave a Reply