74,000 ekor ayam raya Batu Pahat rentung, penternak rugi RM1.5 juta, penduduk bakal beraya tanpa ayam?

74,000 ekor ayam raya Batu Pahat rentung, penternak rugi RM1.5 juta, penduduk bakal beraya tanpa ayam?

74,000 ekor ayam raya Batu Pahat rentung, penternak rugi RM1.5 juta, penduduk bakal beraya tanpa ayam?

Apalah makna raya tanpa Rendang Ayam? Ya, situasi itu mungkin bakal merisaukan penduduk sekitar Mukim Tanjung Semberong, Yong Peng, dekat Batu Pahat, Johor, setelah 74,000 ekor ayam raya rentung dalam kebakaran pagi semalam.Penternak ayam, Lee Swee Fong, 50, berkata kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 6.45 pagi itu menyebabkan kerugian RM1.5 juta.“Sebelum kejadian, saya ada memeriksa kawasan reban itu pada kira-kira 6 pagi tadi, namun, tiada apa yang berlaku… saya menyedari kebakaran berlaku kira-kira 6.40 atau 6.45 pagi tadi selepas mendengar jeritan empat pekerja,” katanya.Tambah Lee, kejadian itu merupakan kali pertama selama operasinya 26 tahun.

Dia bernasib baik kerana sebuah lagi reban ayam yang terletak bersebelahan tidak terjejas.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Mohd Asroy Mohd Yahaya berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian terbabit pada 7.40 pagi dan dua jentera dari Yong Peng dan Ayer Hitam bersama 14 anggota tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

“Sejurus tiba, api telahpun marak membakar keseluruhan reban ayam dua tingkat berkenaan sebelum api berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 8 pagi,” katanya.

Punca kejadian sedang disiasat.

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Bernama

Loading...

Leave a Reply