“Nak berhenti jual dadah lepas kumpul duit sambut Aidilfitri” – Namun hasratnya tak kesampaian lepas dicekup…

Jempol: “Lelaki itu beritahu dia mahu berhenti menjual dadah sebaik mengumpul wang bagi meraikan Aidilfitri. Hasratnya tidak kesampaian selepas dicekup,” kata Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor.

"Nak berhenti jual dadah lepas kumpul duit sambut Aidilfitri" - Namun hasratnya tak kesampaian lepas dicekup...

“Nak berhenti jual dadah lepas kumpul duit sambut Aidilfitri” – Namun hasratnya tak kesampaian lepas dicekup…

Noorzainy berkata, pihaknya menjalankan Op Tapis di sebuah rumah di FELDA Palong Tiga, di sini, jam 5.20 petang, kelmarin sebaik menerima maklumat pengedaran dadah.

Katanya, sebaik tiba dua lelaki berusia 39 dan 42 tahun sedang membungkus dadah dalam garaj berhampiran kediaman.

“Sebaik menyedari kehadiran anggota, suspek cuba melarikan diri hingga terjatuh beberapa kali, namun berjaya dicekup.

Seorang suspek berusia 42 tahun memaklumkan kegiatannya itu yang terakhir selepas mengumpul duit raya,” katanya.

Menurut Noorzainy, pemeriksaan pada garaj menemui empat ketulan mampat heroin seberat 45.7 gram (g) dan tiga bungkusan plastik mengandungi heroin seberat 8.2g.

Katanya, kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, di sini untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, rekod mendapati suspek adalah rakan baik dan pernah beberapa kali dipenjarakan atas kesalahan sama namun masih belum insaf.

“Pada serbuan ini, polis menyita sebuah motosikal Honda Dash berharga RM5,500. Kedua-dua suspek adalah penduduk tempatan yang mengedar dadah di tanah rancangan,” katanya.

Beliau berkata, ketika dicekup suspek di bawah pengaruh dadah dan mereka direman tujuh hari bermula kelmarin hingga Jumaat ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan 39A (2), Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Metro

Loading...

Leave a Reply