Membazir dan kotor! Makanan disumbangkan NGO kepada gelandangan bertaburan merata tempat, sampah bersepah di Dataran Masjid Negara jijikkan pandangan

Kuala Lumpur: Membazir dan kotor. Itulah keadaan jijik di sekitar dataran bersebelahan Masjid Negara, di sini, apabila puluhan bungkusan makanan dan nasi disumbangkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kepada golongan gelandangan sebagai juadah berbuka serta sahur dibuang berteraburan di merata tempat.

Membazir dan kotor! Makanan disumbangkan NGO kepada gelandangan bertaburan merata tempat, sampah bersepah di Dataran Masjid Negara jijikkan pandangan

Membazir dan kotor! Makanan disumbangkan NGO kepada gelandangan bertaburan merata tempat, sampah bersepah di Dataran Masjid Negara jijikkan pandangan

Keadaan itu dipercayai akibat terlalu ramai pihak menyalurkan sumbangan makanan menyebabkan berlaku pembaziran.

Malah golongan gelandangan yang tidur di kawasan dataran berhampiran masjid itu setiap malam turut membuang pelbagai sampah hingga mencacatkan pemandangan di kawasan tumpuan umat Islam beribadat.

Sumber Masjid Negara berkata, kebanjiran gelandangan di dataran itu untuk menumpang tidur berlarutan sejak sekian lama.

Katanya, kehadiran NGO yang sering memberi bantuan turut menjadikan lokasi itu tumpuan ramai gelandang pelbagai peringkat usia.

Sumber: Metro

Loading...

Leave a Reply