Operasi mengeluarkan mayat mangsa sukar, ambil masa 5 jam kerana sikap pentingkan duit syarikat pengendali kren, tak mahu beri kerjasama

BANDAR SERI JEMPOL: Anggota bomba dan penyelamat mengambil masa sehingga lima jam untuk mengeluarkan enam mangsa yang rentung daripada remukan kenderaan yang terbabit dalam nahas di Kilometer 25, Jalan Bahau-Keratong, petang tadi.

Operasi mengeluarkan mayat mangsa sukar, ambil masa 5 jam kerana sikap pentingkan duit syarikat pengendali kren, tak mahu beri kerjasama

Operasi mengeluarkan mayat mangsa sukar, ambil masa 5 jam kerana sikap pentingkan duit syarikat pengendali kren, tak mahu beri kerjasama

Difahamkan, selain pemilik treler dari Kemayan yang enggan bekerjasama, beberapa pengendali kren juga keberatan memberi pertolongan kerana tidak tahu pihak yang akan membayar perkhidmatan mereka.

Keadaan itu menyebabkan pasukan penyelamat terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk mengalihkan treler yang menghempap Proton Exora, termasuk cuba menggunakan khidmat kenderaan berat lain seperti lori tangki dan lori ikan, namun tidak berhasil.

Situasi itu menyebabkan operasi menyelamat yang bermula jam 2.45 petang itu hanya berakhir pada jam 8 malam tadi, selepas pasukan itu mendapat bantuan trak tunda dari Bahau.

Ketua Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Hazren Mohd Zahar, menyifatkan operasi itu mencabar kerana tidak mendapat kerjasama pemilik lori.

Beliau berkata, pihak bomba dan polis cuba menghubungi mereka, namun talian telefon dimatikan.

“Beberapa syarikat kren yang dihubungi oleh individu lain (towing) bagi meminta bantuan pula tidak mahu bekerjasama kerana mementingkan bayaran semata-mata.

“Sebaliknya, orang ramailah yang banyak membantu kami, termasuk meminta pertolongan rakan pemandu lain untuk menarik kepala treler yang menindih Proton Exora berkenaan,” katanya.

Beliau turut melahirkan penghargaan kepada orang ramai yang membantu menyediakan minuman, kurma dan roti sebagai juadah berbuka puasa kepada anggota pasukan itu.

Sumber: Bharian

Loading...

Leave a Reply