Putus 3 jari tak sempat baling mercun buatan sendiri

SEORANG lelaki hancur tiga jari kiri selepas terkena mercun buatan sendiri dalam kejadian di Kampung Kutan Tengah, Pasir Mas, malam tadi.

Dalam kejadian 10.30 malam itu, Wan Rodzi Wan Abdullah, 46, yang cedera di ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

Wan Rodzi berkata, ketika kejadian dia sedang bermain mercun sendirian di hadapan rumahnya.

Katanya, ketika sedang menyalakan sumbu mercun itu, secara tiba-tiba ia meletup sebelum dia sempat membaling.

“Saya menjerit kesakitan dan berlari pulang ke rumah.

“Menantu kemudian membawa saya ke HRPZ II dengan menunggang motosikal untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro

Loading...

Leave a Reply