Suami cekik isteri lepas majlis kahwin kerana berebut hadiah duit perkahwinan

BARU sahaja beberapa jam berkahwin, seorang wanita dicekik suaminya selepas bertengkar kerana berebut hadiah duit perkahwinan mereka baru-baru ini Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Suami cekik isteri lepas majlis kahwin kerana berebut hadiah duit perkahwinan

Suami cekik isteri lepas majlis kahwin kerana berebut hadiah duit perkahwinan

Daily Mail melaporkan, John Delozier itu telah mencekik leher isterinya selama sesaat setelah tiba di rumah selepas selesai majlis perkahwinan.

Pasangan yang baru sahaja berkahwin pada 3 Jun lalu itu dikatakan terlibat dalam pertengkaran gara-gara berebut dengan duit hadiah perkahwinanan yang diberikan oleh tetamu jemputan.

John, 31, menuduh isterinya itu hanya memikirkan duit sahaja.

 

Setelah mencekik isterinya, John Deloizer melarikan diri tetapi berjaya ditangkap polis.

Dia telah dijatuhi hukuman atas kesalahan menyerang, mendera dan mencekik.

John sekarang berada di Penjara Wilayah Cambria bagi menunggu proses hukuman setelah dia gagal membayar wang ikat jamin sebanyak AS$40 ribu (RM172 ribu).

Menurut hakim, John harus bertanggungjawab atas tindakannya itu dan dia juga tidak akan ditemani oleh peguam pada sidang pertamanya nanti.

Sumber: MYNEWWSHUB.CC

 

Loading...

Leave a Reply