Dera dan kurung anak 6 tahun, ibu dan kekasih tomboi ditahan polis

Menjadi tempat untuk melepaskan amarah, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun sering dipukul menggunakan rotan dan penyangkut baju.

Dera dan kurung anak 6 tahun, ibu dan kekasih tomboi ditahan polis

Dera dan kurung anak 6 tahun, ibu dan kekasih tomboi ditahan polis

 
Lebih memburukkan keadaan, ibunya yang berusia 29 tahun dan kekasihnya seorang tomboi berusia 26 tahun sering mengurung kanak-kanak malang itu di dalam bilik setiap kali mereka keluar bekerja.
 
Kedua-dua suspek ditahan pihak polis kelmarin selepas disyaki mendera mangsa di Taman Lembah Bujang Merbok, Sungai Petani.
 
Suspek ditahan di rumah sewa mereka susulan laporan polis dibuat oleh rakan kepada ibu mangsa yang menemui kesan lebam di tubuh kanak-kanak malang itu.
 
Tembelang suspek pecah selepas dua beranak itu datang menumpang seketika di rumah rakan berkenaan kerana ibu mangsa dipercayai bergaduh dengan tomboi terbabit.
 
“Kedua-dua suspek ditahan oleh sepasukan polis untuk proses siasatan lanjut. Berdasarkan pemeriksaan ke atas tubuh mangsa, polis mendapati kesan lebam disyaki akibat penderaan.
 
“Mangsa turut memberitahu ibunya bersama tomboi itu sering memukulnya menggunakan rotan dan penyangkut baju. Mangsa turut dikurung di dalam bilik setiap kali kedua-dua suspek keluar bekerja.
 
“Mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk pemeriksaan sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Muda,” kata Superintendan Saifi Abd Hamid selaku Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda.
 
Tambah Saifi, hasil siasatan mendapati ibu mangsa berstatus ibu tunggal dan bekerja di sebuah kilang di Bakar Arang.
 
Kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini sebelum direman enam hari sehingga 12 Jun ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
 
Sumber: Harian Metro

Via: Astro Gempak

Loading...

Leave a Reply