Misbun akhirnya kembali, dilantik ketua jurulatih perseorangan lelaki

Datuk Misbun Sidek kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) apabila dilantik sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki.

BAM pada Khamis mengumumkan Misbun akan dibantu Hendrawan, Indra Wijaya dan Sairol Amar Ayob.

Badan induk itu juga turut menamakan empat lagi ketua jurulatih lain.

Mereka adalah Cheah Soon Kit (beregu lelaki), Tey Seu Bock (perseorangan wanita), Wong Pei Tty (beregu wanita) dan Chin Eei Hui (beregu campuran).

Kesemua mereka akan melaporkan diri kepada Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost.

Pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, di sini, petang Khamis, struktur kejurulatihan baharu itu akan berkuatkuasa bermula Julai.
Sumber: Mstar

Loading...

Leave a Reply