Bimbang dengan nasib golongan LGBT di Malaysia, Siti Kasim mahu kerajaan banteras puak-puak ulama yang tidak siuman dan gila kuasa

Malaysia adalah sebuah negara Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Dan Malaysia menolak sekeras-kerasnya hak kebebasan golongan LGBT. Negara ASEAN masih memegang utuh adat ketimuran dan tidak menerima perkahwinan sesama jantina. Walaupun sebahagian besar kita tidak bersetuju dengan LGBT, ada segelintir yang menerima golongan ini.

 

Bimbang dengan nasib golongan LGBT di Malaysia, Siti Kasim mahu kerajaan banteras puak-puak ulama yang tidak siuman dan gila kuasa

Bimbang dengan nasib golongan LGBT di Malaysia, Siti Kasim mahu kerajaan banteras puak-puak ulama yang tidak siuman dan gila kuasa

 

Terbaru, Siti Kasim memberikan kenyataan bahawa secara amnya rakyat Malaysia menerima golongan LGBT. Tapi dengan adanya golongan alim ulama, golongan LGBT mungkin dalam bahaya. Dan berkemungkinan dilayan teruk seperti di Indonesia.

Golongan LGBT dalam bahaya.

Siti Kasim berkata kepada menara.my masyarakat Malaysia secara amnya menerima golongan LGBT. Namun, jika ‘golongan kononnya warak’ diberi kuasa, ia akan memberi risiko kepada golongan LGBT dan Melayu liberal sepertinya.

Siti Kasim mendakwa golongan pondan dan mak nyah ada kemungkinan tinggi untuk diberkas sebab ada undang-undang Syariah yang melarang lelaki untuk berpakaian seperti wanita.

Tetapi di Kuala Lumpur, walaupun mereka dikenali sebagai golongan pondan, mereka tidak boleh diberkas melainkan mereka didapati melakukan perbuatan yang tidak bermoral.

Banteras puak-puak ulama.

Sii Kasim merasakan Malaysia ada potensi untuk mengikut jejak langkah negara jiran iaitu Indonesia yang kini tengah giat membanteras golongan LGBT yang semakin berleluasa.

Inilah trend yang saya lihat di Malaysia. Sekiranya pihak kerajaan kita tidak membanteras puak-puak warak yang tidak siuman gila kuasa ini, negara kita akan turut melakukan yang sedemikian.

Siti Kasim sebelum ini pernah membuat kenyataan kepada masyarakat bukan Islam agar mereka membiak bagi menghasilkan lebih ramai orang bukan Islam. Ini bertujuan untuk mereka bangkit berjuang bersama dengannya untuk menentang kesemua orang Islam yang menyokong usaha pemerkasaan kedudukan Mahkamah Syariah dalam negara dan mendakwa Tuhan dihasilkan dari getaran dari dalam diri seseorang.

Kredit : menara.my & freemalaysiatoday

 

 

Sumber: Oh Bulan

Loading...

Leave a Reply