Disingkirkan Daripada Latihan Khidmat Ketenteraan Kerana Dadah, T.O.P Masih Mampu Tersenyum

Disingkirkan Daripada Latihan Khidmat Ketenteraan Kerana Dadah, T.O.P Masih Mampu Tersenyum

Anggota Kumpulan Big Bang, T.O.P disingkirkan daripada menjalani latihan khidmat ketenteraannya selepas mengaku terlibat dengan penggunaan dadah jenis Marijuana.

Menurut polis, selepas penyanyi itu diperintahkan untuk meninggalkan latihan ketenteraan, dia perlu melalui proses penyiasatan dan perbicaraan mengenai kes tersebut.

“Jika dia tidak dijatuhi hukuman penjara, dia akan diarahkan untuk masuk semula dan menjalani latihan ketentaraan bermula dari awal.

“Bagaimanapun dia tidak boleh diterima semula ke dalam satu bahagian yang sama selepas diusir keluar melainkan jika mempunyai alasan kukuh. Secara rasmi, khidmatnya sebagai seorang anggota polis tentera kini telah berakhir,” katanya seperti dilapor Allkpop.

Dalam pada itu portal Dispatch mendedahkan foto-foto eksklusif T.O.P atau nama sebenarnya Choi Seung Hyun ketika dibawa keluar daripada Balai Polis Gangnam petang tadi.

Bagaimanapun anggota Big Bang berusia 29 tahun itu tidak menyembunyikan wajahnya sebaliknya kelihatan tenang dan masih mampu tersenyum.

Dalam pada itu, laporan polis mengatakan T.O.P mungkin didakwa atas kesalahan penyalahgunaan dadah merbahaya.

T.O.P ditugaskan berkhidmat sebagai seorang anggota polis di sebuah stesen di Gangnam sejak Mac lalu.

Terdahulu, T.O.P mengaku terlibat dengan penyalahgunaan dadah sejak Oktober 2016.

Loading...

Leave a Reply