Tak salah pada yang mampu beli tudung mahal untuk tutup aurat: Beli tudung harga RM5000, Ziela Jalil anggap itu terapi rawat tekanan

Penerbit drama Datuk Ziela Jalil berkata tidak salah individu yang berkemampuan membeli tudung mahal demi menutup aurat.

Tak salah pada yang mampu beli tudung mahal untuk tutup aurat: Beli tudung harga RM5000, Ziela Jalil anggap itu terapi rawat tekanan

Tak salah pada yang mampu beli tudung mahal untuk tutup aurat: Beli tudung harga RM5000, Ziela Jalil anggap itu terapi rawat tekanan

Ziela, atau nama sebenar Norzilah Abdul Jalil menganggap ia juga sebagai terapi untuk wanita berhijab menghilangkan tekanan, lapor Kosmo!.

“Pada saya, memakai tudung mahal adalah mengikut kemampuan setiap individu dan apa salahnya berbelanja lebih untuk menutup aurat mengikut syariat Islam.

“Selain itu, membeli tudung mahal juga, saya juga anggap sebagai terapi kepada diri sendiri untuk menghilangkan tekanan terutamanya dalam kalangan wanita berhijab,” katanya seperti dilapor akhbar itu.

Pelakon filem 80-an itu juga sanggup berbelanja antara RM1,000 sehingga RM5,000 untuk membeli sehelai tudung jenama Bawal Exclusive yang diminatinya sejak 2015.

“Sekarang saya masih meminati tudung Bawal Exclusive tetapi tidak lagi membelinya setiap hari seperti tahun 2015.

“Tudung Bawal Exclusive yang saya beli ada antaranya mencecah harga RM5,000,” katanya, yang tertarik pada kualiti, reka bentuk dan taburan batu kristal Swarovski.

Semalam Pengasas Bawal Exclusive Haniza Maysuri berkata tudung paling mahal yang pernah dihasilkan oleh syarikatnya bernilai RM21,600 yang ditempah khas oleh seorang ahli perniagaan di Kelantan.

Sumber: Malay Mail

Loading...

Leave a Reply