Dr M jadi PM? Nanti dulu, kata pimpinan HARAPAN

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk muncul semula sebagai perdana menteri, walaupun memendam hal itu sebelum ini.

Namun, beberapa pemimpin HARAPAN kelihatan tidak bersedia untuk mengharungi senario yang memungkinkan kembalinya seorang perdana menteri yang cuba untuk dihapuskan oleh ramai veteran pembangkang sebelum ini.

Ditanya sama ada mereka bersedia untuk mempertimbangkan Mahathir menjadi perdana menteri sekali lagi, kebanyakan pemimpin HARAPAN lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat.

Pemimpin HARAPAN seperti Setiausaha Penganjur DAP Anthony Loke, Naib Presiden PKR Tian Chua dan Ahli Parlimen PKR Johari Abdul berkata, belum masanya lagi untuk membincangkan perkara itu.

“Saya fikir kita perlu memberi fokus kepada menang dahulu,” kata Tian Chua.

“Biarlah majlis pimpinan HARAPAN membuat keputusan,” kata penasihat DAP Lim Kit Siang secara ringkas.

 

Sumber: Malaysiakini

Loading...

Leave a Reply