Ejek Nyanyi Karaoke, Lelaki Maut Ditikam

Gara-gara diejek sewaktu menyanyi karaoke di sebuah majlis perkahwinan di selatan Vietnam, seorang lelaki bertindak membunuh seorang tetamu manakala seorang lagi cedera parah.

Ejek Nyanyi Karaoke, Lelaki Maut Ditikam

Ejek Nyanyi Karaoke, Lelaki Maut Ditikam

Menurut laporan portal berita VNExpress, Nguyen Ngoc Diep, 44, bertindak menikam mangsa selepas seorang tetamu mengejek nyanyiannya dan merampas mikrofon sehingga berlaku pergaduhan antara dua lelaki.

Tetamu ketiga, Le Hong An, 35, yang cuba meleraikan pergaduhan mereka ditikam beberapa kali.

Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di hospital.

 

Menurut laporan akhbar Tuoi Tre memetik Leftenan Kolonel Kanan wilayah Tien Giang, Truong Van Sau, lelaki yang merampas mikrofon berkenaan dirawat di hospital manakala Diep ditahan. – AFP

Sumber: Mstar

Loading...

Leave a Reply