Wanita menang acara marathon 50km walaupun hanya pakai sandal, berskirt dan berskarf

Mexico – Biarpun tidak mempunyai kelengkapan yang lengkap, seorang wanita berusia 22 tahun berjaya memenangi acara larian ultra marathon sejauh 50km hanya dengan memakai sandal.

Wanita menang acara marathon 50km walaupun hanya pakai sandal, berskirt dan berskarf

Wanita menang acara marathon 50km walaupun hanya pakai sandal, berskirt dan berskarf

Maria Lorena Ramirez berjaya menewaskan 500 peserta lain dari 12 negara dalam kategori wanita Ultra Trail Cerro Rojo di Puebla di tengah Mexico pada 29 April lalu.

Menurut media tempatan, Lorena hanya berlari dengan memakai sandal diperbuat daripada tayar kitar semula selain skirt dan skarf.

Dia menghabiskan acara larian itu dalam tempoh tujuh jam dan tiga minit, sekali gus meraih hadiah utama berjumlah 6,000 peso (RM1,374).

Tahun lalu, Lorena menduduki tempat kedua dalam acara larian sama sejauh 100 km di Chihuahua. – BBC

Sumber: SK
Loading...

Leave a Reply