Isu sepinggan RM32, pemilik Warung Aziz Satar tunjuk bukti harga

Tular di Facebook harga sepinggan nasi dengan lauk dua potongan sotong, seekor udang galah dan sayur kangkung yang diambil seorang pelanggan di Warung Aziz Satar di Kampung Geliga Baru, di sini, berharga RM32.

Warung Aziz Satar

Warung Aziz Satar

Berikutan gambar yang dimuat naik pemilik akaun Facebook, Syed Ikram pada Jumaat lalu menyebabkan netizen memberi reaksi termasuk mengecam pemilik kedai makan berkenaan.

Baca artikel sebelum: “Bapak mahal! Macam ni je RM32 tak termasuk air” – Lelaki ini terkejut dengan harga makanan di gerai biasa, dedah mesej dari owner yang tak puas hati kedai makannya diviralkan

Bagaimanapun, Liza Musid, 25, yang mengusahakan kedai makan berkenaan kesal dan kecewa dengan tindakan pelanggannya itu yang didakwanya sebagai berniat jahat menjatuhkan perniagaannya.

Menurutnya, dia tidak menafikan harga sepinggan nasi dan lauk diambil berharga RM32 seperti ditularkan pelanggan itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro

Loading...

Latest Comments

  1. Mohamad Razif May 24, 2017

Leave a Reply