Mface Tersenarai Dalam Watchlist Bank Negara…Setelah 6 Tahun Beroperasi

MBI International Sdn Bhd dan Mface International Sdn Bhd (978203-V) telah diletakkan dalam alert list atau bahasa kasarnya blacklist Bank Negara Malaysia (BNM) berkuatkuasa Isnin untuk aktiviti tidak berlesen.

Mface Tersenarai Dalam Watchlist Bank Negara…Setelah 6 Tahun Beroperasi

Mface Tersenarai Dalam Watchlist Bank Negara…Setelah 6 Tahun Beroperasi

MBI International Sdn Bhd ialah syarikat induk yg mempunyai lebih daripada 70 buah anak syarikat. Mface pula merujuk kepada rangkaian sosial www.mface.me yg dikendalikan oleh Mface International Sdn. Bhd (salah satu anak syarikat MBI). Jika masih ingat pelancaran Mface telah dihadiri ramai artis-artis tempatan.

Sejak 2012 hingga 2014, Mface beroperasi di sebalik perniagaan pengiklanan. Kononnya para pelanggan boleh mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka di rangkaian sosial www.mface.me. Selepas 2014, platform pengiklanan diupgrade ke platform baru iaitu www.mmallv2u.com, merupakan website online shopping berkonsep ‘cari pelanggan dulu, baru buka kedai’.

Di sebalik semua ini, pelbagai ‘pakej pelaburan’ ditawarkan.

Gambar beriklan di Air Asia adalah antara modal mahal bagi meyakinkan orang ramai.

Menurut laman web BNM, kedua-dua syarikat telah dimasukkan ke dalam senarai syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang yang berkaitan yang ditadbir oleh bank pusat.

MBI International dan Mface International mempunyai laman web yang sama, http://www.mbiv2u.com/

BNM juga berkata, senarai syarikat dan laman web adalah tidak menyeluruh dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM.

“Senarai ini akan dikemas kini secara berkala untuk rujukan orang ramai,”. Klik di sini http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_financialconsumeralert (Rujuk No. 170)

Hanya institusi kewangan, iaitu bank-bank, syarikat insurans dan pengendali takaful serta pengurup wang, penyedia perkhidmatan kiriman wang dan pemborong mata wang (kini dikenali sebagai “perniagaan perkhidmatan wang”) dilesenkan oleh BNM di bawah undang-undang dan peraturan yang berkaitan yang ditadbir oleh BNM dibenarkan untuk menyediakan perkhidmatan kewangan di Malaysia.

Antara dialog yang mungkin bakal kedengaran…..

“Oh senarai hitam Bank Negara Malaysia itu adalah kerja pihak ketiga yang dengki dan ingin sabotaj business kami. Big bos sedang bersihkan nama dengan BNM dengan big bos BNM dan dapatkan sokongan orang kenamaan dalam kerajaan”

Sumber: Majalah Labur

 

 

Loading...

Leave a Reply