Pontianak Muncul Di Gereja Tetapi Malang Diketawakan

Heboh dalam kalangan netizen Pakistan apabila satu lembaga seram menyerupai pontianak muncul secara tiba-tiba ‘lepak santai’ di atas bumbung sebuah gereja di Hyderabad.

Pontianak Muncul Di Gereja Tetapi Malang Diketawakan

Pontianak Muncul Di Gereja Tetapi Malang Diketawakan

Insiden paranormal itu turut menarik perhatian pelbagai pihak apabila entiti hantu tersebut dengan rambut panjang dan gaun berwarna putih dirakamkan jelas ‘bertenggek’ di atap bangunan ibadat penganut Kristian berkenaan.

Di Pakistan, makhluk berwajah ngeri itu disebut sebagai churail, malahan sebagaimana kuntilanak di Indonesia atau pontianak di Malaysia, lembaga tersebut merupakan jelmaan wanita hamil mati yang muncul untuk balas dendam.

Churail amat ditakuti penduduk bukan sahaja di Pakistan, bahkan negara jirannya, India yang merujuk hantu itu sebagai churel, manakala di Bangladesh ia digelar petni atau shakchunni yang gemar terbang di antara pokok tinggi.

 

Malangnya media tempatan melaporkan kemunculan churail di gereja tersebut yang sepatutnya menyaksikan penduduk lari bertempiaran, namun berubah menjadi seumpama pesta sukaria apabila ia dikerumuni bak selebriti.

Salah seorang netizen bernama Faakhir Mehmood yang juga pemuzik tempatan turut sempat memuat naik foto entiti menakutkan itu pada 8 Mei lalu bagi menggambarkan suasana churail disambut dengan penuh meriah!

Pontianak Muncul Di Gereja Tetapi Malang Diketawakan

“Dapatkah sesiapa mengesahkan susuk lembaga di sini? Ini merupakan foto churail yang turut dirakamkan oleh ramai orang pada tengah malam di Hyderabad,” tulisnya seperti dipetik oleh media Pakistan baru-baru ini.

Imej yang diposkan oleh Faakhir itu kemudian menjadi tular menerusi Facebook bahkan telah dikongsi semula lebih 900 kali selain menerima lebih 2,000 komen dan sejumlah 4,000 tanda suka oleh pengguna media sosial tersebut.

Kelihatan orang ramai juga tidak melepaskan peluang merakamkan foto momen indah aksi bersahaja churail duduk ‘berehat’ mungkin melepaskan lelah penat setelah keletihan terbang dari sana ke sini sepanjang malam tersebut.

Ada juga dilaporkan bergelak ketawa melihat churail berkenaan kerana barang kali terkejut dengan imej dirinya yang tidak begitu seram sebagaimana sering dimomokkan menerusi media massa sejak zaman berzaman lagi.

“Jika ini churail, orang di situ sepatutnya lari menyelamatkan diri masing-masing dan anehnya churail diketahui tidak dapat dirakam oleh lensa kamera waima digital,” kata pengguna akaun laman sosial bernama Fouzia Khan.

“Mungkin juga artis Pakistan sedang duduk di dinding tanpa solekan,” ejek netizen bernama Arfan Khan, manakala Dyan Marshall Yani menulis: “Oh tolong, aku melihatnya juga di Indonesia!” 

Sumber: Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...

Latest Comments

  1. langau biru May 18, 2017

Leave a Reply