Giliran Daphne Iking pula mengamuk dengan penganjur TN50

RUMAH siap, pahat berbunyi – selepas kes produser David Teo ditampar oleh pelakon Mat Over semasa majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Perdana Menteri, nampaknya giliran Daphne Iking pula mencuri tumpuan dengan isunya sendiri.

Bengang Dengan Penganjur TN50, Daphne Amuk Di IG

Oleh sebab tidak berpuas hati dengan cara majlis TN50 itu diuruskan, Daphne naik meradang dan bertindak untuk meninggalkan majlis tersebut, sebelum memuat naik sebuah video ‘amukan’nya itu di dalam laman Instagram miliknya.

Menurut Daphne dia tidak faham bagaimana majlis berprestij seperti itu tidak diuruskan dengan baik sehinggakan terdapat isu berkenaan nombor tempat duduknya.

“Kami terpaksa balik kerana terdapat masalah dengan nombor tempat duduk kami, jadi majlis ini agak kucar-kacir.

“Apa nak jadi ni? Dan anda cuba untuk merealisasikan TN50 sementara hal sekecil ini pun tidak mampu untuk uruskan?

“Jika majlis dialog yang hanya dihadiri oleh jemputan seramai ini pun anda tidak mampu untuk jalan dengan baik, jadi bagaimana mahu realisasikan gerakan yang sepatutnya tercapai dalam masa kurang 30 tahun ini?” soal Daphne di dalam video tersebut.

Tambah Daphne lagi, “Saya tidak kisah sekiranya tidak ditempatkan bersebelahan suami saya, tetapi pihak anda telah menjemput saya datang dan terlalu banyak kekeliruan yang timbul.

“Saya telah memaksa krew saya untuk cepat selesaikan tugas mereka semata-mata untuk menghadiri majlis ini.”

Daphne turut menyatakan bahawa semua perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya, namun dia berasa amat marah hal tersebut berlaku kepadanya kerana dia telah berusaha untuk hadir ke majlis tersebut.

Luahan hati Daphne itu mendapat pelbagai respon daripada netizen, namun komen daripada salah seorang pengguna Instagram ini menarik perhatian kami:

“@moksin_saidin: Acara itu diuruskan oleh orang-orang dalam industri hiburan. Bukan PM. Jika terdapat sebarang kekurangan dalam pengurusan majlis tersebut, kesalahan patut diletakkan kepada orang-orang dalam industri hiburan seperti anda, Daphne King.”

Komen itu seterusnya dibalas oleh Daphne, yang cuba untuk memberikan penjelasan tentang tindakannya:

“@daphneiking: @moksin_saidin I’m not saying it’s PM. It’s the organizers. I said this in my video. Kindly take note. Tq,” sebelum dibalas semula oleh @moksin_saidin:

“@moksin_saidin: Adakah dijanjikan bila kita dijemput maka kita ada layanan istimewa. Dan apa tujuan membuat video selain daripada mahu merendahkan usaha orang. Selama ini berapa ramai PM Malaysia yang mahu bertemu rakyat secara rapat.”

Apa-apa pun, tindakan Daphne itu mungkin hanyalah luahan rasa kecewa terhadap pihak penganjur yang tidak meraikan tetamu dijemput dan tidak bermaksud untuk buat ‘serangan’ peribadi terhadap gerakan TN50 tersebut.

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

Loading...

Latest Comments

  1. carrentalkelantan.com May 18, 2017

Leave a Reply