Lucu! Gambar penunggang motosikal gigih bayar tol di lorong Touch & Go jadi viral

MACAM-MACAM! Dua keping gambar yang menunjukkan kegigihan seorang penunggang motosikal menggunakan lorong Touch & Go di sebuah plaza tol kini menjadi tular di media sosial.

Lucu! Gambar penunggang motosikal gigih bayar tol di lorong Touch & Go jadi viral

Lucu! Gambar penunggang motosikal gigih bayar tol di lorong Touch & Go jadi viral

Aksi lelaki berbaju merah yang menunggang motosikal jenis Honda Ex5 itu menjadi bualan hangat netizen kerana apa yang dilakukan oleh lelaki itu dianggap lucu dan tidak pernah dibuat orang.

Mana tidaknya, lelaki tersebut bukan sahaja tidak menggunakan lorong motosikal yang sudah disediakan secara percuma malah dengan gigih beratur bersama kenderaan lain semata-mata untuk membayar tol.

 

Kami tidak dapat memastikan lokasi kejadian, namun rata-rata netizen memberikan komen lucu mengatakan tindakan penunggang motosikal itu adalah untuk membantu kerajaan menambahkan pendapatan negara.

Bagaimanapun, segelintir netizen yang lain pula menyatakan kemungkinan besar lelaki itu adalah warga Bangladesh yang baru tiba di Malaysia atau mungkin juga lelaki itu hanya ingin menambah nilai kad Touch & Go.

Apa pun tindakan seperti ini adalah salah di sisi undang-undang jalan raya dan boleh dikenakan saman jika terserempak dengan pihak berkuasa.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 

Loading...

Leave a Reply