Dari bola sepak, suami Ayu Raudhah Zaquan Adha kini berlakon pula?

SUAMI Ayu Raudhah yang juga merupakan bintang bola sepak terkenal, Zaquan Adha kini dikatakan sudah menceburi bidang seni lakonan.

Dari bola sepak, suami Ayu Raudhah Zaquan Adha kini berlakon pula?

Dari bola sepak, suami Ayu Raudhah Zaquan Adha kini berlakon pula?

Menerusi Instagram TV3 Malaysia, terdapat satu teaser drama menunjukkan Zaquan digandingkan dengan aktres popular Elfira Loy menerusi sebuah drama yang akan ditayangkan di stesen televisyen itu pada esok hari.

"Mesti ramai yang ternantikan gandingan mereka, kan? akan datang, 17 May 2017.." ​

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia) on

Mungkinkah Zaquan kini sudah mengikuti jejak langkah isterinya serta kakak ipar dan birasnya iaitu Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang terlebih dahulu mewarnai industri hiburan?

Sama-sama kita nantikan kemunculan pertama Zaquan dalam drama sulung lakonannya itu. Mana tahu mungkin lakonan Zaquan boleh ‘pancung’ mana-mana lakonan aktor yang sudah sedia ada. Tak gitu?

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

Loading...

Leave a Reply