“Kenapa nak saman saya? Kenapa tak saman penganjur pertunjukan jenama awak itu?” – Fasha Sandha

Pelakon Fasha Sandha mempersoalkan kenyataan seorang artis wanita yang berhasrat mengambil tindakan saman terhadapnya.

Fasha pada Khamis mendakwa di Instagram, satu jenama artis lain akan menarik diri jika dia hadir ke majlis sama. ― Foto oleh Choo Choy May

Fasha, 33, berkata artis wanita berkenaan seharusnya menyaman penganjur majlis pertunjukan fesyen itu yang menyebarkan perkara tidak benar pada malam tersebut.

“Nak saman saya? Kenapa nak saman saya? Kenapa tak saman pihak penganjur pertunjukan jenama awak itu?

“[Dia] yang telah menyebarkan perkara itu pada malam tersebut dan memberitahu bahawa awak menghalang kedatangan saya dan akan tarik diri jika saya hadir.

 

Seronoknya bercuti dengan keluarga. Oh ya, dalam pada bercuti saya masih tau apa yang berlaku di negara Malaysia. Thank You Mr K @khamarulkr dan kelab peminat @wlfs4eva dan management team kerana update saya dari semasa ke semasa. Oh, Nak saman saya? Kenapa nak saman saya? Kenapa tak saman pihak PIHAK PENGANJUR pertunjukan JENAMA awak itu,yang telah menyebarkan perkara itu Pada malam tersebut dan memberitahu bahawa awak MENGHALANG kedatangan saya dan akan TARIK DIRI jika saya hadir. Jangan lupa saya ramai saksi di tempat kejadian. . Permainan halus apakah itu? ☺ Tunggu apa pula tindakan yang saya akan ambil terhadap perkara ini 😊 #taktakutpun #tungguangahbalikbercuti 😇 #burungpsycho #jomkitatengokkangaroo BUKTI PENIPUAN ON MY BIO 😊

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on


“Jangan lupa saya ramai saksi di tempat kejadian. Permainan halus apakah itu?” soal pelakon drama Lara Aishah menerusi akaun Instragram miliknya pagi ini.

Pelakon filem Badang pada Khamis mendakwa di Instagram, satu jenama artis lain akan menarik diri jika Fasha menghadirkan diri.

Bagaimanapun, katanya, pihak pengurusan jenama artis tersebut kemudian menukar fikiran membenarkan Fasha datang.

Pelakon Nora Danish berasa kesal dan terkilan dengan tindakan Fasha menyebabkan maruah keluarga dan perniagaannya terjejas.

Katanya, tindakan undang-undang akan diambil terhadap Fasha kerana menjejaskan perniagaan yang sedang dipromosikan.

“Saya sedih dan terkilan kerana tindakan dia telah membuatkan beberapa pelanggan saya ingin memulangkan balik baju raya yang telah mereka beli.

“Ada juga yang berpaling arah dan benci kepada saya.

“Hubungan saya dan Fasha memang dari dulu tidak baik tapi tidaklah sampai saya menghalang dia hadir atau halau dia pada majlis itu.

“Itu bukan majlis saya dan saya tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu dia datang atau tidak,” katanya seperti dilaporkan portal mStar.

Sumber: Projek MMO

 

 

Loading...

Leave a Reply