TMJ bantah perlawanan akhir kelayakan Piala Asia 2019 Kumpulan B antara Malaysia dan Korea Utara diadakan di Pyongyang

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membantah perlawanan pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2019 Kumpulan B antara Malaysia dan Korea Utara diadakan di Pyongyang pada 8 Jun depan.

TMJ bantah perlawanan akhir kelayakan Piala Asia 2019 Kumpulan B antara Malaysia dan Korea Utara diadakan di Pyongyang

TMJ bantah perlawanan akhir kelayakan Piala Asia 2019 Kumpulan B antara Malaysia dan Korea Utara diadakan di Pyongyang

“Apa-apa pun saya sebagai Presiden FAM tidak setuju sama sekali untuk kami pergi ke Korea Utara tetapi keputusan tersebut terletak pada kerajaan dan Menteri Sukan. Bagi saya keutamaan adalah keselamatan rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut Tunku Ismail, beliau sememangnya mahukan perlawanan itu diadakan di gelanggang berkecuali demi keselamatan skuad Harimau Malaya.

“Saya juga dimaklumkan oleh beberapa jurulatih yang pernah pergi ke negara itu bahawa situasi di sana agak teruk. Malah saya juga khuatir dengan jaminan keselamatan dan layanan kemudahan penginapan dari segi tempat tinggal dan makanan di sana.

 

“Salah satu maklumat yang saya terima mengatakan kami perlu membawa makanan sendiri oleh kerana isu sabotaj. Masalah mutu pengadilan di sana juga perlu dipandang serius kerana jika keputusan tidak menyebelahi Korea Utara pastinya keselamatan pengadil akan terjejas,” katanya.

Walaupun isu keselamatan pemain tetap jadi keutamaan, Tunku Ismail turut prihatin dengan beberapa kemungkinan yang bakal menimpa Harimau Malaya jika FAM tidak melepaskan mereka ke Pyongyang.

“Sekiranya FAM tidak melepaskan Harimau Malaya pergi ke perlawanan tersebut di Pyongyang, Korea Utara akan diberikan kemenangan percuma 3-0.

“Tambahan lagi kita juga akan didenda sehingga AS$50,000 dan akan disingkirkan daripada pertandingan piala kelayakan di Asia.

“Lebih membimbangkan adalah besar kemungkinan kita akan disingkirkan daripada mana-mana perlawanan AFC pada masa akan datang. Persoalannya ialah apa yang harus kita lakukan?,” soalnya.

Susulan itu, beliau menggesa kerajaan dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin agar mempertimbangkan semula keputusan AFC dengan mengambil kira soal keselamatan pemain.

“Kita harus membuat keputusan untuk meletakkan keselamatan rakyat sebagai agenda pertama dan bukan membuat keputusan berdasarkan situasi politik. Perkara ini terletak kepada apa kerajaan Malaysia dan penyokong bola sepak tanah air inginkan,” katanya.

Jelas beliau, kerajaan tidak menggalakkan Harimau Malaya untuk meneruskan perlawanan di Korea Utara tetapi sehingga kini tiada sekatan perjalanan dikeluarkan kepada rakyat Malaysia berhubung perkara itu.

“Kerajaan Malaysia hanya keluarkan nasihat mengenai perjalanan dan itu tidak mencukupi untuk AFC menukar gelanggang perlawanan asal ke gelanggang berkecuali,” katanya.

Sumber: Mstar

Loading...

Leave a Reply