Manjanya Isteri Dazrin Di Majlis Pernikahan Mereka

Manjanya Isteri Dazrin Di Majlis Pernikahan Mereka

Dengan sekali lafaz, pelakon Dazrin Kamarudin, 29, sah bergelar suami kepada Nur Fazulin Razalin, 33, semalam.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Razali Din di sebuah hotel di Melaka.

Majlis pernikahan tersebut dihadiri hampir 200 tetamu.

Pada majlis itu, pengantin lelaki telah menyerahkan mas kahwin RM500 bersama tujuh dulang hantaran dengan berbalas 11.

Bagaimanapun pasangan itu memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran.

Dalam pada itu, Dazrin juga turut berkongsi foto-foto menarik pernikahannya bersama Fazulin yang juga merupakan ketua pramugari sebuah syarikat penerbangan yang berpengkalan di Jeddah, Arab Saudi.

Dengan menggunakan hashtag #DazrinFazulin, tetamu yang hadir juga tidak terlepas berkongsi momen indah di majlis pernikahan pasangan berkenaan.

Di sini Astro Gempak kongsikan beberapa foto menarik sepanjang majlis berlangsung:

Loading...

Leave a Reply