Kes hon masjid dan rasis: Papan tanda makluman jalan ditutup sementara kerana solat Jumaat jadi bukti

Update: Sah! Papan tanda heboh diperkatakan tidak wujud

KISAH tular kebiadaban seorang lelaki Cina rasis yang bersikap kurang ajar terhadap umat Islam sedang menunaikan solat Jumaat di Johor Bahru semalam ternyata mendedahkan pelbagai isu lain.

Kes hon masjid dan rasis: Papan tanda makluman jalan ditutup sementara kerana solat Jumaat jadi bukti

Kes hon masjid dan rasis: Papan tanda makluman jalan ditutup sementara kerana solat Jumaat jadi bukti

Ketika netizen propembangkang ‘hangat’ menghina umat Islam menerusi media sosial dengan pelbagai gelaran jijik, rupa-rupanya kes ‘panas’ itu membongkar sikap sebenar pihak tertentu yang memang berniat sengaja cari pasal.

Isunya mudah, kawasan sekitar surau Austin Perdana memang lazim sesak sejam sebelum dan selepas solat fardu Jumaat, sementelahan hari berkenaan secara kebetulan merupakan cuti mingguan bagi seluruh Johor sendiri.

Ini bermakna secara logik, bagi penduduk setempat sudah maklum menghabiskan cuti dengan berehat kerana tiada urusan pentadbiran kerajaan yang beroperasi, sekali gus pekerja pejabat tidak perlu bergegas untuk solat Jumaat.

 

Bagi mereka yang sedang berkhidmat di Johor atau pernah bertugas di negeri itu, suasana tengah hari Jumaat sebenarnya cukup ‘santai’ kerana tiada kesesakan trafik ketara berbanding di negeri yang bekerja pada Jumaat.

Justeru, pemandangan jemaah kelam-kabut segera keluar daripada masjid selepas salam tanpa sempat baca doa habis solat Jumaat kerana terpaksa balik mengejar masuk semula ke pejabat, amat ‘nadir’ untuk diperkatakan.

Malangnya, suasana harmoni Bangsa Johor yang ‘bangga’ dengan cuti mingguan Jumaat nampaknya cuba dijadikan isu oleh pihak tidak bertanggungjawab dan lebih teruk seperti sengaja mencetuskan perasaan marah umat Islam.

Ironi ketika netizen antikerajaan mahu menjadikan insiden itu sebagai bahan, mereka akhirnya mendedahkan sikap ‘bodoh’ diri sendiri yang nyata tidak faham bahasa kebangsaan dan lebih dahsyat, mencabar undang-undang.

Di Johor, mana-mana kawasan surau Jumaat yang lazim ada di taman perumahan memang dipasang papan tanda pemberitahuan oleh pihak berkuasa tempatan bagi memaklumkan penutupan jalan sepanjang solat fardu itu.

Ini bukan benda baharu malah untuk memacak papan tanda itu pun sebenarnya memerlukan persetujuan pihak kerajaan tempatan setelah dikaji teliti oleh wakil Jabatan Kerja Raya, Jabatan Agama Islam Johor dan polis trafik.

Ia bukan diletak sembarangan setelah dimohon pihak jawatankuasa surau, bahkan dalam sesetengah kes perlu ada kerjasama persatuan penduduk, wakil rakyat dan kena dipasang mengikut jarak ditetapkan dengan saiz tertentu.

Maka tindakan pemandu biadab yang sengaja membunyikan hon apabila keretanya tersekat di laluan surau itu mencetuskan tanda tanya: Adakah dia tidak faham bahasa Melayu atau gagal lulus ujian memandu kenderaan?

Sekali pun pemandu itu ‘sesat’ jalan dan terperangkap di laluan itu kerana konon tidak biasa di situ, kenapa perlu tunjuk isyarat lucah seolah-olah memang berniat mahu mencari gaduh dan kemudian menyalahkah jemaah surau.

Kes tersebut sebetulnya mendedahkan perangai cauvinis pihak tertentu yang sengaja mahu mewujudkan suasana tegang dalam masyarakat majmuk tetapi terlupa, negara kita ada undang-undang.

Sumber: Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 

 

Loading...

Leave a Reply