Video Jemaah mengamuk belasah lelaki kerana hon bertalu-talu ketika orang tengah solat jumaat

hon bertalu-talu ketika orang tengah solat jumaat

hon bertalu-talu ketika orang tengah solat jumaat

Sebuah video seorang pemandu kereta berwarna putih membunyikan hon berkali-kali apabila jalan yang dilaluinya terhalang di kawasan masjid tular di media sosial.Kejadian yang berlaku di Austin Perdana, Johor Bahru itu mencetuskan kemarahan orang ramai yang ingin menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan.

Ia menjadi semakin kecoh apabila pemandu itu secara tiba-tiba telah mengundurkan kenderaannya secara laju dan hampir melanggar jemaah masjid.

Akibat berang dengan tindakan pemandu itu, orang ramai mula bertindak mengetuk keretanya menggunakan objek keras sehingga menyebabkan cermin belakang kenderaan tersebut pecah.

Pemandu yang kemudian dilihat keluar daripada kenderaan itu bagaimana pun telah dibelasah secara beramai-ramai.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pemandu itu kerana bersikap kurang ajar dan tidak menghormati jemaah yang ingin menunaikan solat Jumaat. 

Loading...

Latest Comments

  1. steve austin May 6, 2017

Leave a Reply