“Dia memang istimewa, dia datang dalam hidup saya dengan cara baik dan kami cuba menikmati detik ini sebaik mungkin” – Elfira Loy

Sebelum ini hubungan mesra antara Sufian Suhaimi dan pelakon comel, Elfira Loy menjadi tanda tanya. Ia semuanya bermula apabila Sufian membuat surprise untuk Elfira tak lama dulu. Baru-baru ni, giliran Elfira Loy pula buat kejutan untuk Sufian sempena hari lahirnya yang ke-25.

"Dia memang istimewa, dia datang dalam hidup saya dengan cara baik dan kami cuba menikmati detik ini sebaik mungkin" - Elfira Loy

“Dia memang istimewa, dia datang dalam hidup saya dengan cara baik dan kami cuba menikmati detik ini sebaik mungkin” – Elfira Loy

Kejutan Elfira untuk Sufian bukan biasa-biasa. Dia belanja Sufian naik helikopter. Untung lah..

‘Cuba menikmati detik ini sebaik mungkin’

Menceritakan balik detik manisnya membuat kejutan untuk Sufian, pada mulanya Elfira bawa sarapan pagi untuk menikmati nasi lemak di sebuah lokasi di ibu kota. Selepas itu Elfira buat ‘surprise’ dan membawa Sufian menaiki Helikopter selama 20 minit.

Kejutan tidak terhenti setakat itu, selepas menaiki helikopter Elfira ajak Sufian untuk menemaninya ke The Shorea, Seremban, Negeri Sembilan kononnya ada sesi fotografi Hari Raya di sana. Tetapi sebenarnya ia adalah kejutan untuk Sufian dari insan rapat dengan penyanyi muda berkenaan.

Alhamdulillah, saya berjaya juga ‘mengenakan’ dia (Sufian). Susah juga sebenarnya hendak mengumpulkan insan rapat dalam hidupnya di The Shorea ini. Maklumlah, kebanyakannya bukan daripada ibu kota.

Pada majlis itu, ada teman pengajiannya dari Terengganu dan Johor. Selain mereka, majlis turut dihadiri adik-beradiknya.

‘Dia seorang yang sangat baik..’

Mengenai status sebenar hubungan antara Elfira dengan Sufian, dia menjawab;

Apa yang boleh saya cakap, dia memang istimewa. Ketika ini, dia antara lelaki yang rapat dengan saya. Dia datang dalam hidup saya dengan cara baik.

Saya dan dirinya cuba menikmati detik ini sebaik mungkin. Cuma, kalau ditanya lebih-lebih, memang tak timbul soal kami cuba menutup sesuatu cerita atau sebaliknya. Kami hanya mengikut aliran rentak masa. Apa yang saya lakukan kepadanya hari ini juga kerana dia seorang yang sangat baik.

Sumber: Berita Harian

Via: Oh Bulan

 

Loading...

Leave a Reply