Anak mati bunuh diri, ibu bapa salahkan doktor gagal rawat

IBU bapa kepada remaja perempuan penghidap anoreksia yang mati bunuh diri dilanggar kereta api selepas keluar dari wad psikiatri, mendakwa pihak berkuasa gagal mengubati anak mereka.
Anak mati bunuh diri

Anak mati bunuh diri

Mangsa, Pippa McManus, 15, membunuh diri selepas ditegur keluarganya mengenai rutin di gimnasium yang berlebihan sehingga menyebabkan remaja itu lari dari rumah sambil menjerit, “Saya akan bunuh diri.”

Mayat Pippa kemudiannya ditemui di stesen kereta api.

Ibu bapa mangsa, Marie dan James McManus meluahkan rasa kesalnya berhubung anak mereka dibenarkan keluar dari klinik swasta Priory.

Mereka mendakwa tiada pilihan lain, perkara itu diberitahu dalam siasatan yang dijalankan di Stockport.

“Pip (gelaran kepada Pippa) menghabiskan masa selama tiga tahun menangani anoreksia, mengalami kekurangan zat, kemurungan dan suka mencederakan diri sendiri.

“Kami percaya kegagalan merawatnya sejak dahulu menyebabkan kematiannya.

“Jika rawatan yang berkesan dilakukan segera ke atas anak kami, sudah tentu dia masih lagi hidup hari ini. Mungkin kami tak perlukan siasatan ini dijalankan,” katanya kepada Mail Online. – Mail Online

Sumber: MStar

Loading...

Leave a Reply