Anak Malaysia, Henry Golding jadi pelakon utama filem hollywood

Tahniah kami ucapkan kepada pengacara terkenal tanah air Henry Golding kerana telah terpilih untuk membintangi sebuah filem Hollywood berjudul Crazy Rich Asians. Filem yang diadaptasi dari novel terlaris dengan tajuk yang sama ini diarahkan oleh pengarah hebat John M.Chu yang pernah mengarahkan filem Now You See Me 2.

Henry Golding

Henry Golding

Filem itu turut dibintangi oleh seorang lagi bintang handalan Malaysia Tan Sri Michelle Yeoh yang memegang watak sebagai ibu Henry. Lebih membanggakan ini adalah filem pertama untuk Henry tetapi beliau diberi kepercayaan menggalas peranan sebagai watak utama. Sebelum ini Henry terkenal sebagai pengacara program berbentuk travelog.

Apa yang lebih menarik lagi, kesemua pelakon filem yang diterbitkan oleh WarnerBros Studio ini mempunyai darah Asia. Namun dalam kegembiraan itu, nampaknya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan pemilihan pelakon terutamanya Henry Golding.
Pelakon Hollywood kelahiran Korea-Amerika, Jamie Chung telah memberi komen tidak puas hati apabila mengetahui Henry telah dipilih sebagai salah seorang watak utama untuk filem itu. Jamie yang pernah membintangi siri Once Upon A Time sebagai Mulan dan filem Dragonball Evolution itu dikatakan berang apabila mengetahui bahawa Henry berdarah kacukan Eropah dan Malaysia.
Bapa Henry berasal dari England dan ibunya berketurunan iban dari Sarawak.Jamie dikatakan terlampau menginginkan watak di dalam filem itu. Tetapi ditolak kerana produksi mahukan pelakon yang berbangsa Cina.
Jamie juga menyelar produksi filem yang gemar memberikan watak yang sepatutnya dilakonkan pelakon Asia kepada pelakon berkulit putih.

Sebelum ini timbul kontroversi di Hollywood apabila Scarlettt Johansson dipilih membintangi filem Ghost In The Shell yang diadaptasi dari siri Animasi Jepun. Begitu juga Matt Damon yang membintangi filem The Great Wall yang mengisahkan tentang pahlawan di Tembok Besar China.

 

Sumber: Suria.my

Loading...

Leave a Reply